Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.kang] | ترککڠ

Definisi : dihentikan (kuda yg berlari), ter­kendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unconstrained motiongerakan tak terkekangMekanikGunaanGerakan yang tidak dibatasi oleh sebarang pembatas fizikal. Laluan yang diikuti oleh jasad yang mengalami gerakan tak terkekang hanya bergantung pada gerakan permulaan jasad itu pada daya yang dikenakan padanya daripada punca luar. Gerakan tak terkekang berbeza dengan gerakan terkekang kerana dalam gerakan tak terkekang, pecutan pusat jisim jasad dan pecutan sudut jasad itu tak bersandarkan dan masing-masing boleh ditentukan secara berasingan dengan mengenakan persamaan gerakan semata-mata. Lihat juga gerakan terkekang.
constrained motiongerakan terkekangMekanikGunaanGerakan yang terbatas pada laluan tertentu. Laluan yang diiukuti oleh jasad yang mengalami gerakan terkekang ditentukan oleh pembatasan fizikal dan bukan ditentukan semata-mata oleh gerakan permulaan jasad itu dan daya dari punca luar yang dikenakan padanya (seperti kes gerakan tak terkekang). pengekangan memaksa sesuatu hubungan kinematik yang tertentu di antara pecutan pusat jisim jasad itu dengan pecutan sudutnya sedangkan bagi jasad yang mengalami gerakan tak terkekang, pecutan-pecutan tersebut tak bersandaran di antara satu dengan yang lain dan ditentukan secara berasingan. Pada umumnya, analisis masalah kinetik gerakan terkekang perlu didahului oleh analisis kinematik yang menghubungkan pecutan linear pusat jisimnya dan pecutan sudut; selepas itu barulah persamaan gerakan umum dapat diselesaikan.
constrained sliding motiongerakan gelangsar terkekangMekanikGunaanGerakan gelangsar yang dibatasi oleh kekangan fizikal. Misalnya rod yang bergerak di dalam lubang salur. Lihat juga gerakan terkekang.
constrained mechanismmekanisme terkekangKejuruteraanKejuruteraan MekanikMekanisme yang kesemua anggotanya hanya dibenarkan bergerak pada arah atau laluan yang ditentukan sahaja. Keadaan ini bermakna darjah kebebasan mungkin lebih atau bersamaan dengan satu, tetapi jumlah input (jumlah parameter tak bersandar) tertakrif adalah bersamaan dengan darjah kebebasan. Mekanisme terkekang dikaitkan dengan pautan, sesondol dan gear.
constrainedterkekang; dikekangKejuruteraanTiadaDibatasi daripada bergerak pada ragam-ragam yang tertentu, termasuk terbatas sepenuhnya.
constrainedterkekang; dikekangMatematikTiadaTiada
confined virgationvirgasi terkekangGeologiTiadaTiada
confined reservoirreservoir terkekangGeologiTiadaTiada
constrained optimizationpengoptimuman terkekangMatematikTiadaTiada
constrained cycleedaran terkekangEkonomiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas