Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.li.ru] | ترکليرو

Definisi : tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.li.ru] | ترکليرو

Definisi : dlm keadaan keliru; dikelirukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015
saya masih terkeliru dengan hukum D-M 1. Alat penghawa dingin 2. urus tadbir 3. inap desa 4. pertanian adalah peniagaan1. Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa (istilah lama). 2. Tadbir Urus. 3. Inap Desa. 4. Pertanian ialah perniagaan. Ejaan10.05.2015
Salam, saya terkeliru dengan ayat-ayat berikut, yang mana satukah betul? 1. Bapa Ali ialah seorang Melaka. 2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 3. Bapa Ali seorang Melaka. 4. Bapa Ali orang Melaka. 5. Bapa Ali seorang Melayu. 6. Bapa Ali orang Melayu. Minta tunjuk ajar, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
2. Bapa Ali ialah orang Melaka. 
4. Bapa Ali orang Melaka. 
6. Bapa Ali orang Melayu.
Tatabahasa10.11.2014
Saya sering terkeliru antara imbuhan akhiran "kan". Cthnya "pergerakkan" atau "pegerakan". Minta diberi panduan. Terima kasihKesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan, imbuhan -an dan apitan peN-...-an. Kata kerja gerak + kan akan membentuk kata terbitan "gerakkan" seperti yang lazim digunakan dalam ayat suruhan "Gerakkan tangan anda". Kata kerja gerak + an akan menghasilkan kata nama gerakan seperti dalam ayat "Bilik Gerakan akan mula dibuka pada minggu hadapan". Apitan peN-...-an pada kata kerja gerak, peN + gerak + an menghasilkan kata nama pergerakan, seperti ayat "Runtuhan tanah di lereng bukit itu berlaku akibat pergerakan air dalam tanah".Tatabahasa06.07.2011
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen.

Saudara,

Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar  selain makna berang dan marah.

Makna04.03.2010
Salam satu Malaysia. Saya merupakan seorang pelajar yang mengalami masalah kekeliruan. Saya ingin bertanya pihak tuan mengenai persoalan yang sering membuatkan saya terkeliru dengan pengguan kata hubung dalam sesetengah ayat. Kata hubung yang sering saya terkeliru ialah di antara perkataan 'sebab' dan 'kerana'. Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai penggunaan akhiran -kan dan -i.

Saudara,

'Kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan yang menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh : Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Dalam hal ini kata kerana boleh digantikan dengan 'sebab'. Dalam hal yang lain, kata 'sebab' merupakan kata nama. Contoh : Dia memberikan beberapa sebab(alasan)kenapa dia tidak dapat datang.

Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif.  i. Memberikan pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Contoh: bukukan; wariskan; tinggikan ii. memberikan pengertian benefektif. Contoh : belikan; jahitkan; hadiahkan.

Akhiran -i  juga membentuk kata kerja transitif dan wujud dengan awalan meN- atau di- . Contoh : kami contohi(ayat pasif); contohilah(ayat suruhan);

Untuk kerengan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa09.08.2010
As salam Saya terkeliru apakah maksud Dibru.?Perkataan bru merupakan terjemahan perkataan bahasa Inggeris brew, brewing diterjemahkan kepada membru atau dalam bentuk pasif ialah dibru. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=brew&d=69812&#LIHATSINITatabahasa16.07.2018
Salam 1Malaysia, saya terkeliru dengan singkatan untuk perkataan "Doktor falsafah", saya tidak dapat mencari jawapan yang tepat dalam pangkalan data. Yang berikut mana satukah adalah betul? Minta tunjuk ajar, terima kasih. 1. PhD 2. Ph.D 3. Ph.D.Ejaan yang betul ialah PhD.Tatabahasa10.11.2014
Tuan/Puan, Saya amat terkeliru kerana dikatakan yang istilah "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan untuk "insolvency", meskipun istilah "insolvensi" digunakan bukan sahaja oleh Jabatan Insolvensi, malah oleh Jabatan Peguam Negara dan Parlimen sendiri - sila rujuk kepada Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang menggunakan istilah "insolvensi" sebanyak 21 kali! Saya berharap pihak-pihak yang berkaitan dapat mengkoordinasi usaha peristilahan dengan DBP supaya konsisten. Sementara itu, saya juga berharap yang pihak DBP dapat menerima istilah yang digunakan dalam undang-undang negara, kerana ia melibatkan peruntukan penting seperti jenayah. Berkenaan dengan hal ini, saya berharap pihak DBP dapat mempertimbangkan semula istilah "insolvensi", dan juga istilah "menyerahhakkan" (yang merupakan terjemahan "assign"/"assigns" dalam Akta Syarikat), terutamanya bagi konteks yang berkaitan dengan peruntukan Akta. Terima kasih dan mohon maaf sekiranya tersinggung.Salam sejahtera,

Tuan,

Terima kasih atas cadangan tuan. Cadangan tuan ini akan dipanjangkan ke bahagian berkenaan.

Sekian, terima kasih.



Lain-lain31.10.2019
Salam sejahtera, Saya seorang guru bahasa agak terkeliru dengan penggunaan istilah Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia dalam cetakan buku teks sekolah rendah terbitan DBP? Misalnya, buku teks BM Tahun 3 terbitan DBP menggunakan perkataan Bahasa Melayu manakala buku teks Tahun 2 pula menggunakan perkataan Bahasa Malaysia. Sebenarnya, istilah yang mana satukah yang harus digunakan. kalau dirujuk pada perlembagaan pesekutuan Perkara 152 dengan jelas menyebut Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Mengapakah pula timbul pengguaan Bahasa Malaysia. Harap pihak tuan memberikan sedkit penjelasanKedua-dua istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia boleh digunakan jika merujuk bahasa Melayu dalam mata pelajaran tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk bahagian buku teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.Lain-lain11.03.2010
123

Kembali ke atas