Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.mu.dian] | ترکمودين

Definisi : selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.mu.dian] | ترکمودين

Definisi : di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIRENS

Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang

tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan

dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan

pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira

tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu

Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di

pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah

cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar

tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka.

Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara

Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat

pada tiang. Odysseus dengan itu dapat

mendengar suara Sirens tanpa membahayakan

kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada

mulanya digambarkan sebagai burung yang

berkepala wanita dan kemudiannya sebagai

wanita yang berkaki burung dan kadangkala

bersayap.

Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri.

UMUM 
SHELLEY, PERCY BYSSHE

Shelley, Percy Bysshe (1792–1822) ialah salah

seorang pemuisi lirik Inggeris. Dia telah membuat

ujian terhadap banyak gaya persuratan dan

mempunyai pengaruh terhadap ramai penulis

terkemudian, khususnya Robert Browning,

Algernon Charles Swinburne, William Butler

Yeats, George Bernard Shaw, dan Thomas Hardy.

UMUM 
SULLA, LUCIUS CORNELLIUS

Sulla, Lucius Cornellius (138 S.M.–78 S.M.),

melakukan pembaharuan dalam kerajaan Rom. Dia

ialah Jeneral Rom pertama yang menggunakan

tentera bagi menentang musuh politik. Ahli politik

terkemudian, termasuk Julius Caesar, mengikut

contohnya.

UMUM 
KESUSASTERAAN YUNANI

Kesusasteraan Yunani ialah sastera

kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh

di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi

model kepada semua kesusasteraan terkemudian

di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin.

Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis

kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik

dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei

falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat

sastera.

UMUM 
ODYSSEY

Odyssey, sebuah puisi epik, berkemungkinan ialah

karya yang paling berpengaruh dan popular dalam

kesusasteraan Yunani purba. Odyssey merupakan

antara karya pengembaraan yang paling agung

dalam kesusasteraan. Ia menjadi model bagi

kebanyakan cerita pengembaraan yang terkemudian.

UMUM 
SHAFFER, PETER LEVIN

Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik

dan penulis drama British yang terkenal, dengan

dramanya Five Finger Exercise (1958), yang

menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai

generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya

yang terkemudian termasuk The Private Ear and the

Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964),

Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970),

Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian

daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah

menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di

Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St.

Paul School, London dan Cambridge University.

Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga

merupakan penulis drama. Dramanya yang paling

terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga

menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile

dan Evil Under the Sun.

UMUM 
THALES

Thales (625? S.M.–546? S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang paling awal diketahui. Dia lahir di

Miletus , Asia Kecil. Segala maklumat yang

diketahui tentang Thales diperoleh daripada

laporan ringkas dan berselerak oleh ahli sejarah

dan ahli falsafah terkemudian.

UMUM 
SULLY-PRUDHOMME, RENÉ FRANCOIS ARMAND

Sully-Prudhomme, René Francois Armand (1839–1907)

ialah penyair Perancis yang menerima Hadiah Nobel tahun 1901 untuk

kesusasteraan. Koleksi puisinya yang awal,

termasuk Les Epreuves (1866) dan Les Solitudes

(1869), mengisahkan kesengsaraan cinta. Sajaknya

yang terkemudian mengungkapkan pertelagahan

antara sains dengan agama. Dia juga menulis

beberapa buah buku tentang falsafah dan

psikologi. Dia lahir di Paris.

UMUM 
ALDRIN, EDWIN EUGENE, JR.

Aldrin, Edwin Eugene, Jr (1930– ),

angkasawan Amerika Syarikat dan merupakan

manusia kedua menjejakkan kaki di permukaan

bulan. Dia bersama-sama Neil A. Armstrong

mendarat di bulan dengan kapal angkasa Apollo 11

pada 20 Julai 1969. Aldrin menjejakkan kakinya di

permukaan bulan 19 minit terkemudian selepas

Armstrong berbuat demikian.

UMUM 
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 
12

Kembali ke atas