Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.nal] | ترکنل

Definisi : diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.nal] | ترکنل

Definisi : diketahui umum; termasyhur; ternama: Malaysia ~ dgn bijih timah dan getahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,

Peribahasa

Bagai kerbau runcing tanduk.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
starbintangKomunikasiTiadaPersonaliti terkenal yang mempunyai nilai komersial yang terlibat dalam industri hiburan. Nilai yang ada pada personaliti tersebut menyebabkan dia kerap diundang untuk membintangi sesebuah filem atau persembahan lain yang berkaitan. Penglibatan personaliti yang terkenal juga akan memudahkan pihak penerbit mendapat bantuan kewangan dari penaja tertentu.
agent provocateuragen provokasiSains PolitikHubungan AntarabangsaAnggota polis rahsia yang berperanan menghasut pihak yang dicurigai supaya melakukan tindakan yang boleh disabitkan hukuman kepada mereka. Contohnya, di Perancis, agen yang terkenal ialah Francois Eugene Vidocq (1775�1857) dan Restauration (1814�1815). Restauration terkenal sebagai agen yang membanteras para pengikut Napoleon Bonaparte.
agent provocateuragen provokasiSains PolitikHubungan AntarabangsaAnggota polis rahsia yang berperanan menghasut pihak yang dicurigai supaya melakukan tindakan yang boleh disabitkan hukuman kepada mereka. Contohnya, di Perancis, agen yang terkenal ialah Francois Eugene Vidocq (1775�1857) dan Restauration (1814�1815). Restauration terkenal sebagai agen yang membanteras para pengikut Napoleon Bonaparte.
endorsementpengendorsanKomunikasiKorporatPenyataan akaun pengesahan yang diberikan oleh individu atau organisasi bagi pihak syarikat pengiklanan tentang keistimewaan sesuatu barangan, idea, perkhidmatan, atau sebarang subjek yang diiklankan. Penyataan ini biasanya diberikan oleh individu terkenal dan berpengaruh, pemimpin pendapat, personaliti terkenal, pakar, atau pengguna biasa. Matlamat pengiklanan yang menggunakan pendekatan ini adalah untuk mendapatkan, mengekalkan, dan meningkatkan keyakinan pengguna terhadap barangan dan mengukuhkan pengaruh barangan berbanding barangan lain dalam pasaran. Sinonim format jurucakap. Lihat juga format pembuktian.
imagistimagisKesusasteraanTiadaNama kumpulan penyair terkenal di Amerika Syarikat di antara 1909 hingga 1918, yang memulakan gerakan imagisme.
public figuretokoh masyarakatUmumTiadaIndividu terkenal yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat dalam apa-apa bidang seperti politik, agama, kebudayaan dan lain-lain.
eponymeponimKesusasteraanTiada1. Nama seseorang yang terkenal dengan sifat-sifat semula jadi oleh masyarakat umum sehingga nama itu menjadi ganti untuk menyatakan tentang sifat-sifat atau keadaan tertentu.
kawikawiKesusasteraanPuisiPenyair atau pujangga yang terkenal. Dalam kesusasteraan Melayu, Usman Awang menrupakan seorang kawi puisi. Sinonim penyair.
guest scriptwriterpenulis skrip tamuKomunikasiTiadaOrang yang terkenal sebagai pakar dalam bidang penulisan skrip yang dijemput oleh sesebuah organisasi penerbitan untuk menghasilkan projek penerbitan tertentu.
Check varietyVarieti kawalanPertanianAgronomi

Satu varieti terkenal yang diketahui ciri dan hasilnya yang ditanam bersama dengan varieti baru yang diuji dalam satu percubaan. Tujuan varieti kawalan ditanam ialah supaya perbandingan dapat dibuat antara varieti baru dengan varieti sedia ada untuk mengetahui sama ada varieti baru mempunyai prestasi yang lebih baik.

12345678910...

Kembali ke atas