Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.nang] | ترکنڠ

Definisi : ; ~ akan = ~ kpd = terkenang­kan teringat akan (seseorang atau sesuatu) spt dlm keadaan sedang mengelamun, terbayangkan serta terfikirkan: kemudian dia terkenangkan malam indah yg dikecapi bersama-sama Iskandar di tepi pantai yg tenang; ia ~ kpd ayah dan ibunya yg telah meninggal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.nang] | ترکنڠ

Definisi : teringat: Ia ~ akan anak-anak dan isterinya di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Bukan benar bangsa Yahudi,
     Dia benar kafir melaun;
Jika terkenang sebarang budi,
     Tidak kukenang seribu tahun.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Hancur badan dikandung tanah,
     budi baik terkenang juga.

Bermaksud :

Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chance-constrained goal programmingpemprograman matlamat peluang-terkenangPentadbiranTiadaTeknik yang menentukan jawapan yang memuaskan bagi masalah keputusan kriteria berbilang yang melibatkan unsur-unsur ketakpastian.
pantun budipantun budiKesusasteraanPuisiTema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.

Kembali ke atas