Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.tar.ke.tar] | ترکتر - کتر

Definisi : menggeletar, gementar (kerana takut dll), menggigil: dia kelihatan ~ kerana ketakutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.tar.ke.tar] | ترکتر - کتر

Definisi : menggeletar (kerana takut dll); menggigil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketar1 (adjektif)
Bersinonim dengan takut, geletar, getar, keletar, gementar, gigil, gelentar;,
Kata Terbitan : terketar-ketar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya ialah, 'Tangan datuk _____________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.' Apakah kata ganda yang sesuai untuk jawapan di atas? Adakah terketar-ketar atau tergigil-gigil. Terima kasih.
Kedua-dua jawapan yang diberikan mempunyai maksud hampir sama tetapi dalam ayat di atas jawapan yang sesuai ialah terketar-ketar.
Lain-lain02.09.2015
1. Adik ______ kesejukan selepas mandi agak lama di dalam kolam renang. A. menggigil B. menggeletar Apakah perbezaan antara menggigil dengan menggeletar?Buku Kamus Pelajar memberikan makna perkataan menggigil sebagai bergoncang badannya kerana kesejukan, ketakutan; menggeletar: Contoh ayat : Malam itu dia menggigil kesejukan; manakala perkataan menggeletar diberikan maksud bergerak-gerak anggota badannya kerana kesejukan atau ketakutan; terketar-ketar; mengigil. Contoh ayat:  Apabila mendengar kata-kata pegawai polis itu, maka penyeludup itu pun terperanjat, menggeletar badannya kerana takut.Makna23.06.2014

Kembali ke atas