Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.ja/] | ترلاجق

Definisi : terlanjur, terlepas, terlangsung: sam­pannya sudah ~ ke hilir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.ja/] | ترلاجق

Definisi : 1 terlangsung dr tempat yg dituju; tidak berhenti; terus: Basikalnya ~ ke dlm semak kerana breknya tidak makan. 2 lancang mengeluarkan kata-kata; lepas mulut: ~ kata buruk padahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lajak
Kata Terbitan : terlajak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Ketulenan sesuatu barangan yang hendak kita beli tidak boleh ditentukan dengan hanya melihat harganya sahaja.2)Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke belakang.3)Tuan Gurdip telah memajak susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.(TOLONG BETULKAN JIKA SALAH.TERIMA KASIH)Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:
1. Ketulenan sesuatu barangan yang kita hendak beli tidak boleh ditentukan dengan melihat harganya sahaja.
2. Lori di bahu jalan itu berundur setelah terlajak beberapa meter ke hadapan.
3. Encik Gurdip telah memerah susu lembu itu untuk dihantar ke bahagian pengumpulan.
Tatabahasa14.09.2012
BIDALAN DAN PERUMPAMAAN Bidalan adalah sejenis ungkapan yang menekankan tentang teladan yang mengandungi unsur pengajaran. Bidalan biasanya disampaikan dalam bentuk bandingan.  Menurut Za’ba(2002:170) Bidalan lebih memberatkan tentang sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya. Jika pepatah dikenali juga sebagai peribahasa selapis, begitu juga dengan bidalan.  Terlajak perahu boleh diundur,Terlajak kata emas padahnya.

 

 

Perumpamaan ialah susunan bahasa yang ringkas dan padat yang membawa makna dua lapis. Ungkapan Melayu tradisional ini menyebutkan sesuatu maksud dengan memberikan perumpamaan kepada sesuatu perkara yang lain yang serupa dengannya.  Mengikut Za’ba (2002: 170) perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi ertinya dua lapis.   Contohnya “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Seperti bumi dengan langit          
  1. Seperti api dalam sekam
 
  1. Seperti anjing dengan kucing

 

Lain-lain16.03.2010
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac

1. casevac (casualty evacuation)-  tidak ada dalam pangkalan data kami.  Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan  ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian.   

2. hover - hover (bidang Kejuruteraan)

3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa)

4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan)

5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1).

Istilah04.03.2011

Kembali ke atas