Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
overburdenedadj terlalu dibebani sst; (with st) terlalu dibebani: an ~ horse, kuda yg terlalu dibebani muatan; he claimed to be ~ with work, katanya dia terlalu dibebani kerja; to be ~ with debt, terlalu dibebani hutang; she is ~ with grief, dia terlalu dibebani kesedihan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overworkvt (act.) membuat [sso] bekerja terlalu /kuat, teruk/; (pass.) bekerja terlalu /kuat, teruk/: he never ~s his employees, dia tdk pernah membuat pekerja-pekerjanya bekerja terlalu teruk; the horses have obviously been ~ed, nampaknya kuda-kuda itu bekerja terlalu teruk; ~ os, bekerja terlalu /kuat, teruk/: don’t ~ yourself, will you?, janganlah bekerja terlalu kuat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
naiveadj naif, terlalu lurus; (of person) naif, terlalu lurus, betul bendul: a ~ remark, kata-kata yg naif; ~ thinking, pemikiran yg terlalu lurus; she’s so ~, she’ll believe anything you say, dia terlalu naif, dia akan mempercayai apa saja yg kamu katakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over-indulgevt terlalu /memanjakan, menurutkan kemahuan/: a mother who ~s her children, ibu yg terlalu memanjakan anak-anaknya; ~ os, terlalu menurutkan nafsu makan sso: he is fat because he ~s himself, dia gemuk krn terlalu menurutkan nafsu makannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
too4. more than enough or is desirable, terlalu, terlampau: I hope it isn’t ~ hot today, saya harap hari ini tdk terlalu panas; the shirt is ~ small for him, kemeja itu terlalu kecil baginya; he’s gone ~ far to turn back now, dia sudah pergi terlalu jauh utk berpatah balik sekarang; the task was ~ much for him, tugas itu terlalu berat baginya; don’t drive ~ fast, jangan pandu terlalu laju;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suave adj terlalu canggih: a ~ gentleman, jejaka yg terlalu canggih; ~ manners, kelakuan yg terlalu canggih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unnecessarilyadv terlalu: the report is ~ long, laporan itu terlalu panjang; don’t worry ~ about me, jangan terlalu risau ttg saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undulyadv terlalu, terlampau: they seemed ~ upset, nampaknya mereka terlalu susah hati; the punishment was ~ harsh, hukuman itu terlalu keras.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cocksureadj terlalu yakin pd diri sendiri; be ~ about st, terlalu yakin ttg sst: he was so ~ about it, dia terlalu yakin ttg perkara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over-indulge~ in, terlalu menurutkan + approp n; (habitually) terlalu suka + approp v: she ~s in expensive clothes, dia terlalu suka membeli pakaian-pakaian yg mahal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas