Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah meluahkanK semula kuih yang dimakannya kerana terlalu manis sangat. MUNSYI, TERLALU MANIS SANGAT ADAKAH SALAH GRAMATIS?Frasa yang betul ialah "terlalu manis" atau "manis sangat".Tatabahasa15.04.2012
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik
Jawapan:
1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat.
2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai.
3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama)
Tatabahasa10.04.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang aspek kata penguat di bawah ; - benar sekali - terlalu amat - sungguh nian - terlalu paling Adakah keempat-empat kata penguat ini dapat digunakan sebelum kata adjektif? Terima kasihl.Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. Kata penguat "paling" dan "ter-" tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali". Sila rujuk maklumat yang diberikan untuk penggunaan kata penguat dan maklumat perinci boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa22.07.2010
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Kakak agak keberatan menerima jawatan baharu tersebut kerana dia masih selesa bekerja di tempat lamanya terutama rakan-rakan sekerjanya yang terlalu amat baik hati. Pertanyaan: Adakah perkataan terlalu amat betul? Terima kasih.Penggunaan perkataan "terlalu amat" dalam ayat tersebut tidak tepat. "Terlalu" dan "amat" merupakan kata penguat. Oleh yang demikian, tidak boleh menggunakan kedua-duanya secara serentak. Pilih salah satu sahaja sama ada terlalu baik hati atau amat baik hati.Tatabahasa29.06.2021
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Kakak agak keberatan menerima jawatan baharu tersebut kerana dia masih selesa bekerja di tempat lamanya terutama rakan-rakan sekerjanya yang terlalu amat baik hati. Pertanyaan: Adakah perkataan terlalu amat betul? Terima kasih.Penggunaan perkataan "terlalu amat" dalam ayat tersebut tidak tepat. "Terlalu" dan "amat" merupakan kata penguat. Oleh yang demikian, tidak boleh menggunakan kedua-duanya secara serentak. Pilih salah satu sahaja sama ada terlalu baik hati atau amat baik hati.Tatabahasa25.06.2021
Mohon pencerahan, ayat manakah yang betul? Dia terlalu bergantung pada orang lain. ataupun Dia terlalu bergantung kepada orang lain.Ayat yang gramatis ialah "Dia terlalu bergantung pada orang lain". Tatabahasa14.09.2011
Sila pilih frasa yang betul dari aspek tatabahasa. Terima kasih. 1. tersangat indah sekali 2. teramat indah sekali 3. tersungguh indah sekali 4. tersangat sungguh tinggi 5. tersangat tinggi sungguh 6. sungguh tersangat tinggi 7. sungguh tinggi tersangat 8. teramat tersangat tinggi 9. teramat tinggi tersangat 10. terlalu sangat cepat 11. sangat terlalu cepat 12. terlalu sungguh lewat 13. sungguh terlalu lewatJawapan yang betul ialah "sangat terlalu cepat" dan "sungguh terlalu lewat"Tatabahasa12.01.2022
Salam 1 Malaysia. Saya ada kemusykilan tentang kata penguat. Kata penguat yang mana dibenarkan berpasangan dalam ayat. Contohnya; 1. Lukanya amat pedih sungguh. 2. Lukanya amat sungguh pedih. 3. Lukanya terlalu amat pedih. 4. Lukanya terlalu pedih sekali. 5. Lukanya terlalu amat pedih sangat. 6. Lukanya amat sungguh sangat pedih. Yang mana antara ayat di atas yang betul penggunaan kata penguat. Sekian, terima kasih.Penggunaan kata penguat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Lukanya amat pedih sungguh. 
2. Lukanya terlalu amat pedih.
3. Lukanya terlalu pedih sekali. 
Tatabahasa22.10.2012
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling?Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya.Tatabahasa30.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas