Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (per­buatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampun­kan, yg kemudian jangan dibuat lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.la.lu] | ترلالو

Definisi : 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Puisi
 

Masak bubur terlalu cair,
     Makan dicampur dengan nira;
Tanah lembah kandungan air,
     Kayu bengkok titian kera.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Hendak panjang terlalu,
     patah.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
songkeh[sN.kEh]kata adjektifterlalu kenyang.Dek terlalu songkeh, dio tak bodayo nak bogorak lai.[dE/ t.lA.lu sN.kEh di.j tA/ b.dA.j nA/ b.g.ÄA/ lAi:]Kerana terlalu kenyang, dia tidak berdaya hendak bergerak lagi.
molaho[m.lA.h]kata adjektifterlalu pedas.Dek tolobeh ladoe molaho podehe.[de/ t.l.bEh lA.d.E m.lA.h p.deh.E]Kerana terlebih cilinya terlalu pedas rasanya.
moncarau[mn.tSA.ÄAw]kata adjektifberkenaan cahaya yang terlalu terang atau berkenaan buah yang terlampau ranum.Api koreto tu moncarau torange.[A.pi k.ÄE.t tu mn.tSA.ÄAw t.ÄAN.E]Lampu kereta itu terlalu terang.
monyolinga[m.ø.li.NA]kata adjektifberkenaan bau bunga, buah dan lain-lain yang terlalu keras.Bungo kesidang tu, monyolinga baue.[bu.N kE.si.dAN tu m.ø.liN bAu:E]Bunga kesidang itu, terlalu keras baunya.
monteneng[mn.tE.nEN]kata adjektifberkenaan perut yang terlalu besar, boyot, boroi. buncit.Porut budak tu monteneng dek cacing agake.[p.Äut bu.dA/ tu mn.tE.nEN de/ tSA.tSiN A.gA/.E]Perut budak itu terlalu buncit kerana cacing, agaknya.
moriak[m.Äi.jA/]kata adjektifterlalu ramai.Anak nangoi tu moriak, goli goloman den nengoke.[A.nA/ nA.Nj tu m.Äi.jA/ g.li g.l.mAn dEn nE.N/.E]Anak babi itu terlalu banyak, geli geleman saya melihatnya.
moncolinak[mn.tS.li.nA/]kata adjektifberkenaan bau yang terlalu kuat.Ikan pokasam tu, moncolinak baue sampai ko sorambi.[i.kAn p.kA.sAm tu mn.tS.li.nA/ bAu:.E sAm.pAj k s.ÄAm.bi]Ikan pekasam itu terlalu kuat baunya sampai ke serambi.
monggugu[mN.gu.gu]kata kerjamenangis teresak-esak terlalu lama.Apo yang kau monangih monggugu tu, tunang kau lari ko.[A.p jAN kAw m.nA.Nih mN.gu.gu tu tu.nAN kAw lA.Äi k]Apa yang kau menangis terlalu lama itu, tunang kau larikah?
gegawe[g«.gA.wE]kata namasejenis buah semacam buah kundang yang rasanya terlalu masam.   
molampuh[mo.lAm.puh]kata adjektifbanyak; melandeh, molahak.Pokok motan tu molampuh buahe.[p.k/ mo.tAn tu mo.lAm.puh bu.wAh.E]Pokok rambutan itu terlalu banyak buahnya.
1234

Kembali ke atas