Bukannya diretak panas. | Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat. | Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Amak berlela, amak berupa. | Banyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat. | Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki. | Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |