Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Nan berat tidak terpikul,
     nan ringan tidak terjinjing.

Bermaksud :

Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
renewal pruningpemangkasan semulaPertanianAgronomi

 Sejenis cantasan yang dilakukan untuk memulih pokok yang terlalu tua atau yang diabaikan, supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan baru yang akan menghasilkan buah. Contohnya, mangga atau pokok koko yang berumur lebih 20 tahun dan tidak mengeluarkan hasil yang memuaskan, dicantas semula untuk menggalakkan pengeluaran dahan baru yang menghasilkan lebih banyak buah.

cullingpenakaianVeterinarTiadaProses mengeluarkan seekor haiwan dari kumpulannya. Haiwan tersebut dikeluarkan atas sebab kecacatan, pertumbuhan yang rendah, berpenyakit, terlalu tua, kegagalan membiak atau mempunyai kadar prestasi pembiakan yang rendah. Proses ini juga dilakukan untuk mengelakkan pembiakan rambang antara haiwan dalam kumpulan yang sama. Haiwan yang ditakai biasanya akan dijual untuk disembelih.
penyaupenyauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Upuna borneensis daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah upun. Gubal kayu penyau berwarna lebih muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya kasar tetapi sekata, dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang tinggi, tetapi sukar diawet, dikeringkan dan diproses kerana terlalu keras dan berdamar. Kayu penyau sesuai digunakan dalam kerja binaan berat, pembuatan perabot tahan lasak, dan alas landasan kereta api.
chewable tablettablet kunyahFarmasiFarmaseutikTablet yang perlu dikunyah untuk menghancurkan tablet kepada ketulan yang lebih kecil. Proses ini akan meningkatkan luas permukaan yang terdedah untuk proses pelarutan. Drug yang dibebaskan akan diserap dengan lebih cepat. Tablet ini juga boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai kesukaran untuk menelan seperti orang tua dan kanak-kanak. Tablet kunyah ini juga dibuat untuk meningkatkan penerimaan ubat oleh kanak-kanak. Contohnya, tablet kunyah multivitamin. Tablet ini juga boleh digunakan jika dos yang hendak diberikan terlalu besar untuk ditelan.
merbau keramerbau keraPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Crudia. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah babi kurus dan jering tupai, dan di Sabah ialah angar-angar. Spesies utamanya termasuk Crudia curtisii, C. reticulata dan scortechinii. Gubal kayu merbau kera berwarna coklat kekuningan, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mengandungi terlalu banyak tisu parenkima. Iranya bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 930 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan dan mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah. Kayu merbau kera sesuai digunakan untuk hulu alat pemotong, kerja binaan berat, bingkai tingkap, dan lantai.

Kembali ke atas