Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lang.gar] | ترلڠݢر

Definisi : 1. tersadung, terempuh, dirempuh: ia hampir tersungkur kerana ~ bungkusan kain baju; 2. melanggar (peraturan, undang-undang, dll): barang siapa yg memegang dia, tentu akan ~ pantangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Kusangka kapal di tengah laut,
     Rupanya terlanggar karang yang ganas;
Kusangka kukuh embun di rumput,
     Rupanya hilang ditimpa panas.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tembok itu terlanggar pada bahagian bawahnya. dan Kotak itu tidak terangkat oleh kami. yang mana satukah ayat di atas ialah ayat pasif? kalau bukan ayat pasif, jenis ayat itu ialah?Ayat kedua, Kotak itu tidak terangkat oleh kami adalah ayat pasif tetapi oleh sebab ayat tersebut pasif diri pertama harus diubah menjadi "Kotak itu kami tidak terangkat".Tatabahasa08.11.2010
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. 
Lain-lain16.10.2021
Apakah perbezaan "ketika" and "semasa", Rujuk kepada ayat ini. Penunggang motosikal itu terlanggar tembok ( ) cuba mengelak seorang kanak-kanak. a. manakala b. ketika c. semasa d. untukPenunggang motosikal itu terlanggar tembok (semasa) cuba mengelak seorang kanak-kanak.Tatabahasa21.08.2008
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain.

Makna16.10.2021
Adakah ayat pasif ini betul? Kerusi itu terlanggar oleh saya.Ayat ini tidak gramatis. Ayat pasif (dengan kata ganti diri orang pertama) yang gramatis ialah "Kerusi itu saya langgar". Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 491.Tatabahasa16.09.2011
Adakah tajuk artikel ini silap atau betul?Penggunaan tajuk yang betul  dalam artikel ini ialah Lelaki nyaris maut melanggar pokok  atau  Lelaki nyaris maut terlanggar pokok.Tatabahasa04.02.2021
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang ejaan. Mana yang betul, sadung atau sandung? Saya lihat kedua-duanya mempunyai maksud sama.Jika konteks perbuatan merujuk kepada menyandung melanggar sesuatu (dengan kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu, 2. mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain) dan sandungan, maka kedua-duanya membawa maksud yang sama. Ini bermakna, sadung dan sandung boleh digunakan.Makna19.12.2016
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak.Ayat berikut bukan ayat pasif;
A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
Tatabahasa17.10.2013
Tuan, kata-kata pembuka cerita seperti syahadan, sebermula dan alkisah boleh digunakan dalam karangan zaman ini tak? Tuan sila lihat ayat-ayat yang telah saya bina, tengok betul tak ayat saya: 1. Alkisah terdapat seorang pemabuk yang terlanggar oleh kereta semalam. 2. Syahadan dia ditangkap oleh guru disiplin oleh memakai (menggunakan) telefon bimbit di sekolah. 3. Sebermula orang itu pun segera memalu (memukul) meja maka (lalu) meninggalkan bilik mesyuarat itu. Saya difahamkan oleh Kamus Dewan bahawa kata-kata seperti alkisah, sebermula dan syahadan digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Jadi bolehkah perkataan-perkataan tersebut digunakan dalam ayat yang telah saya bina?Perkataan syahadan, sebermula dan alkisah digunakan di pangkal atau permulaan ayat untuk memulakan cerita. Oleh itu, contoh ayat yang tuan berikan di atas adalah betul penggunaannya. Biasanya, perkataan tersebut digunakan dalam penulisan buku sastera.Sastera07.12.2014
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009

Kembali ke atas