Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.kat] | ترلکت

Definisi : melekat atau lekat pd, telah dilekat­kan: terkejutlah orang melihat gambar teman­-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlekat

Puisi
 

Pergi ke sana bulan mengambang,
     Menangkap ikan dalam telaga;
Lemak telur berlinang-linang,
     Sisik terlekat pada dada.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stuck pipepaip terlekatKejuruteraanPetroleumPaip gerudi, relang gerudi, selongsong atau tetiub yang secara tidak sengaja terlekat di dalam lubang telaga. Rujuk : terlekat.
stuckterlekatKejuruteraanPetroleumKeadaan berlakunya paip gerudi, selongsong dan lain-lain peranti tersangkut dan terlekat di dalam telaga. Kejadian ini mungkin terjadi semasa penggerudian, semasa penurunan selongsong ke dalam lubang, atau semasa paip gerudi diangkat naik. Terlekatnya alat-alat ini boleh disebabkan oleh keruntuhan, lubang telaga yang bengkok dan sebagainya. Sering kali diperlukan pemancingan untuk melepaskan alat-alat yang melekat itu.
stuck pointtakat terlekatKejuruteraanPetroleumLetak kedalaman pada bahagian terlekatnya batang gerudi, selongsong atau tetiub di dalam lubang telaga. Rujuk : terlekat.
digastric muscleotot digasterPerubatanTiadaOtot yang mempunyai dua bonjolan; bonjolan posterior terlekat pada lekukan mastoid tulang temporal, dan yang anterior terlekat di sisi simfisis rahang bawah.
retained placentauri terlekatVeterinarTiadaTiada
retained placentaplasenta terlekatKejururawatanTiadaUri yang tertinggal dalam uterus selepas 30 minit peringkat akhir pelahiran kedua.
retained foetal membranemembran fetus terlekatVeterinarTiadaTiada
attached X-chromosomekromosom X terlekatBiologiTiadaKromosom X luar biasa yang terdiri daripada cantuman dua kromosom X yang bertindak sebagai satu unit semasa meiosis. Kromosom ini dapat digunakan sebagai penanda.
adsorptionpenjerapanKimiaTiadaPelekatan sesuatu bahan (seperti gas atau cecair) pada permukaan bahan lain, lazimnya pepejal. Penjerapan boleh berlaku secara kimia atau fizik. Dalam penjerapan kimia, atom atau molekul terlekat pada permukaan bahan melalui pembentukan ikatan kovalen, manakala dalam penjerapan fizik, lapisan atom atau molekul terlekat melalui daya Van der Waals. Proses penjerapan kerap digunakan untuk menyingkirkan warna, bau dan wap air.
meaningmaksudKesusasteraanPuisiErti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad.
12345678910...

Kembali ke atas