Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.lap] | ترللڤ

Definisi : tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.lap] | ترللڤ

Definisi : terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lelap
1. Bersinonim dengan lena: nyenyak, nyedar,

2. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap,

Kata Terbitan : terlelap, pelelap,

Peribahasa

Lupa ketinggalan,
     terlelap kemalingan.

Bermaksud :

Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian. lelap = tidur; kemalingan = kecurian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan penjelasan, makna dan perbezaan perkataan "terlelap" dan "tertidur". Harap dapat bantuan dr pihak tuan/puan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Eddisi Ke-4, terlelap membawa maksud tertidur dan terlena. Maknanya kedua-duanya membawa makna yang sama.Makna19.06.2009
Assalamualaikum..nak tanya penggunaan kemudian dalam ayat ini betul atau tidak..Ibu duduk diatas kerusi KEMUDIAN terlelap...terima kasihAyat "Ibu duduk di atas kerusi kemudian terlelap" betul.Tatabahasa03.11.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan, saya ingin bertanya sekiranya ada tesaurus bagi perkataan SINAH yang membawa maksud keadaan seseorang yang BUKAN TERLELAP ATAU TERTIDUR atau mungkin keadaan HAMPIR TERLELAP. Keadaan ini sering berlaku terutama ketika memandu kenderaan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Setakat ini tiada tesaurus bagi perkataan 'sinah' dalam kamus atau daftar istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih.
Makna20.12.2017
Apakah ada istilah khusus bagi perkataan 'Micro Sleep' dalam Bahasa Melayu?Maksud bagi Microsleep ialah terlelap sejenak yang bermaksud keadaan seseorang yang tertidur seketika tanpa dapat dikawal.Makna20.07.2020
Assalamualaikum.Saya mahu tanya.Adakah penggunaan KEMUDIAN diadalam ayat ini betul atau salah.Ibu duduk diatas kerusi KEMUDIAN terlelap..terima kasihPenggunaan kata "kemudian" dalam konteks ayat tersebut tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata kemudian dalam ayat sila lihat contoh di laman web kami http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemudian.Tatabahasa29.09.2014

Kembali ke atas