Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-­aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek­ bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Bukit runtuh sehari semalam,
     Kayu terlepas beribu ratus;
Sauhnya putus kapal tenggelam,
     Harapan kami jangan diputus.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nawang Ibperihal tanaman padi yang tidak menjadi kerana terlepas musim menanam.Kalau kami kelihatan kira-kira waktu subuh, awak mesti membuat kerja huma atau manggul. Kalau kami sudah berada di tepi atau di bingkai langit, awak mesti menugal. Kalau kami sudah melimpasi bingkai langit, bererti padi tidak akan tumbuh di huma itu atau nawang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labungan Ibsejenis alat tenunan.Labungan digunakan untuk mengambil atau mengangkat benang-benang yang terlepas daripada benang-benang lain ketika benang-benang itu diangkat dengan karap.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas