Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-­aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek­ bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Bukit runtuh sehari semalam,
     Kayu terlepas beribu ratus;
Sauhnya putus kapal tenggelam,
     Harapan kami jangan diputus.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TerlepasAli KarimBorneo mail14.03.1993
Terlepas Dari PerangkapMohd Amir Haji MahamudUtusan Borneo27.11.1995
TerlepasS. AbdullahBorneo Mail10.12.1995
Terlepas dari perangkap mautPak SakoMingguan Malaysia11.07.1976
Terlepas dari kurungan (Tunggu Teduh Dulu)Faisal TehraniUtusan Malaysia (Pendidikan)25.06.2003
Bahasa penyair terlepas daripada makna denotasiDarwis HarahapBerita Harian18.08.1988
Bahasa penyair terlepas daripada makna denitasiDarwis HarahapBerita Minggu21.08.1988
Lepas takut terlepas jawapan ketua satuAlias hassanMingguan Timur23.05.1976
Banyak peluang terlepas jika berfikir cara negatifMakasom Abd. HalimMingguan Wanita04.12.1991
Manuskrip Melayu lama terlepas ke tangan asingNazmi YaakubBerita Harian20.03.2007
12

Kembali ke atas