Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-­aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek­ bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Bukit runtuh sehari semalam,
     Kayu terlepas beribu ratus;
Sauhnya putus kapal tenggelam,
     Harapan kami jangan diputus.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
releasedterlepasBiologiEkologiKeadaan apabila sesuatu tumbuhan menjadi liar akibat penebangan pokok besar yang berhampiran.
miss-stitchjahit terlepasSosiologiTiadaTiada
resonance escape probabilitykebarangkalian terlepas resonansFizikTiadaTiada
resonance escape probabilitykebarangkalian terlepas resonansKejuruteraanTiadaTiada
resonance escape probabilitykebarangkalian terlepas resonansKejuruteraanTiadaKebarangkalian sesuatu neutron dalam proses penyederhanaan diperlahankan daripada tenaga belahan di dalam medium tak terhingga mencapai aras tenaga terma tanpa mengalami tangkapan resonans.
feralferalGeografiTiadaLiar, atau terlepas daripada peliharaan dan penanaman dan menjadi liar semula.
البرأةkebebasan/kelepasanAgama IslamFiqhPerihal seseorang yang terlepas dari tanggungjawab terhadap hak orang lain.
non-escape probabilitykebarangkalian tak lepasKejuruteraanTiadaKebarangkalian untuk neutron tidak terlepas daripada sistem reaktor terhingga.
non-leaking probabilitykebarangkalian tak bocorKejuruteraanTiadaKebarangkalian untuk neutron tidak terlepas daripada sistem reaktor terhingga.
tax-exempt bondbon bebas cukaiPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang faedahnya terlepas daripada cukai.
12345

Kembali ke atas