Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah kata sendi nama yang betul untuk frasa ini? 1. terlibat dalam gejala sosial 2. terlibat dengan gejala sosialFrasa yang betul ialah "terlibat dalam gejala sosial".Tatabahasa20.12.2013
Tuan/Puan, ayat manakah yang betul? a) Remaja banyak terlibat dalam gejala sosial. b) Remaja ramai terlibat dalam gejala sosial.Yang betulnya ialah; 1. Banyak remaja terlibat dalam gejala sosial. 2. Ramai remaja terlibat dalam gejala sosial.Tatabahasa05.10.2008
As salam tuan di talian, Penggunaan kata tanya yang manakah betul dalam ayat di bawah. 1. Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 2. Berapakah jumlah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 3. Berapa kumpulankah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu? Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu?".Tatabahasa13.11.2014
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul?Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat,Lain-lain22.03.2011
1. Siapakah yang terlibat dalam proses Bank Soalan di sekolah menengah? 2. Apakah peranan mereka yang terlibat?Untuk pertanyaan ini, saudara boleh merujuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Lain-lain24.12.2009
1. Bolehkah saya mendapatkan secara softcopy/hardcopy mengenai perkataan2 rumi didalam ejaan Jawi daripada DBP? 1.1 Jika boleh, dalam bentuk apa yang wujud ( softcopy/hardcopy) ? 1.2 Bagaimanakah caranya boleh saya dapatkan bahan2 tersebut? 1.3 Adakah terdapat apa-apa bayaran yang terlibat? 2. Adakah DBP berfungsi sebagai badan yang memantau ejaan jawi dalam format yang betul dan terkini? Jika tidak, dimana/siapa perlu saya hubungi untuk mendapatkan format ejaan jawi terkini? Jasa baik pihak tuan amatlah saya hargai.

Anda boleh mendapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Ejaan-Jawi) Edisi Kedua dengan harga RM80.00. Segala persoalan puan akan terjawab.

Lain-lain10.04.2009
Salam. 1. Namakan tokoh X dan Y ? 2.Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia? 3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia ? 4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X? .. Adalah kesemua ayat di atas perlu diletakkan tanda baca? Bagaimanakah membezakan ayat penyata dan ayat tanya? Mohon pencerahan. Terima kasihAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan manakala ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).  
Kesemua ayat tanya dibawah ini perlu diakhiri dengan tanda soal.
1. Namakan tokoh X dan Y?
2. Nyatakan dua wilayah yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
3. Jelaskan dua tindakan yang dilakukan oleh negara-negara jiran yang terlibat dalam pembentukan Malaysia?
4. Berikan dua contoh tahap hubungan etnik yang melibatkan X?
Tatabahasa23.09.2018
Minta pencerahan guru-guru sekalian. Mana satu penggunaan yang betul atau lebih gramatis? A) Berapakah orang mangsa yang terlibat? B) Berapa orangkah mangsa yang terlibat? C) Berapakah mangsa yang terlibat? - partikel -kah nak letak di belakang perkataan 'berapa' atau 'orang'? - perlu penjodoh bilangan 'orang' Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: Berapakah orang mangsa yang terlibat?

1"> 

Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. 

Lain-lain07.07.2015
1. Muridmurid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. 2. Semua murid dan guru-guru melibatkan diri dalam sambutan hari guru. kedua-dua ayat betul atau salah? kegunaan 'melibatkan diri' dan 'terlibat diri'?Ayat yang betul ialah "Semua murid dan guru terlibat dalam sambutan hari guru." Tatabahasa02.03.2017
Salam sejahtera, saya ingin tanya sama ada ayat-ayat di bawah adalah betul atau tidak: 1. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah. 2. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat kami. terima kasihKedua-dua ayat di atas betul.Tatabahasa01.04.2024
123456

Kembali ke atas