Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya terlihat banyak poster debat atau ceramah yang menggunakan perkataan "panel"@ "panelis", yang merujuk kepada orang yang memberi ceramah. 1.Adakah wujud "panelis" dalam DBP? 2.Istilah mana yang betul panel atau panelis 3.Bolehkan berikan contoh penggunaan perkataan tersebut dalam ayat. Terima kasih.
Penggunaan yang betul ialah panel. Padanan bahasa Melayu bagi panelist ialah ahli panel. 
Tatabahasa17.03.2021
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen.Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu".  Contohnya:  Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.
2.  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya.  Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.
3.  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.
4.  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.
Lain-lain31.12.2016
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang.Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital.Lain-lain04.11.2010
saya keliru dengan kata kerja transitif dan kata kerja pasif..apakah cara untuk membezakan kata kerja transitif dengan kata kerja pasif..harap pihak tuan dpt membantu saya.. sila bantu saya bina ayat kata kerja pasif berdasarkan perkataan berikut: 1. terbaca 2. termakan 3. terbeli 4. ternampak 5.terpijak 6. terambilKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku. Manakala kata kerja pasif ialah kata kerja hasil daripada proses perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

1. Buku yang tebal itu tidak terbaca oleh pelajar peringkat sekolah rendah.
2. Lauk itu tidak termakan oleh Pak Cik Zali semalam.
3. Baju itu terbeli oleh kekasihnya.
4. Kerjaku ini terlihat oleh penyelia.
5. Bunga itu terpijak oleh saya.
6. Buku bapa terambil oleh saya.
Tatabahasa17.02.2013

Kembali ke atas