Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.luang] | ترلواڠ

Definisi : 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.luang] | ترلواڠ

Definisi : 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luang
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floatapungTeknologi MaklumatTiadaMasa terluang berikutan tamatnya sesuatu tugas atau aktiviti pengkomputeran sebelum bermulanya tugas atau aktiviti berikutnya.
rerunsiaran ulanganKomunikasiKorporatRancangan radio dan televisyen yang disiarkan semula pada waktu lain daripada masa siaran asal. Rancangan yang disiarkan adalah dalam bentuk dan sifat yang sama seperti rancangan asal. Siaran ulangan dilakukan oleh stesen siaran yang sememangnya menyediakan kemudahan tayangan semula bagi memenuhi format asal stesen berkenaan. Selain itu, siaran ulangan dilakukan untuk memenuhi permintaan khas daripada khalayak. Terdapat juga stesen yang menayangkan siaran ulangan untuk mengisi ruang siaran yang terluang kerana rancangan asal tidak dapat disiarkan. Pihak stesen siaran biasanya akan menyimpan atau mengarkibkan rancangan yang penting, istimewa, dan mendapat sambutan khalayak untuk tujuan siaran ulangan. Pengulangan siaran memberikan keuntungan kepada syarikat yang berkenaan, sama ada dari segi kos atau citra korporat.

Kembali ke atas