stripped gas | gas terlucut | Kejuruteraan | Petroleum | Gas asli yang telah bebas daripada sebarang cecair hidrokarbon yang terkandung dalam gas tersebut. Pemisahan ini telah dilakukan pada masa gas itu diproses. |
slip joint | sendi gelinciran | Perubatan | Tiada | Sendi yang telah terganjak atau terlucut; biasanya diska intervetebral. |
joint life function | fungsi hayat bersama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Keadaan apabila semua ahli mandiri terlucut statusnya iaitu apabila salah seorang mati. |
tensioner | penegang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat yang digunakan untuk menghalang tali sawat atau rantai daripada teranjak, kendur mahupun terlucut dari takal atau gegancu. Alat ini akan mengenakan sedikit daya secara terus- menerus kepada bahagian luar tali sawat atau rantai tersebut. Daya ini dihasilkan daripada tindakan pegas atau tekanan hidraulik pada penegang tersebut. |
degenerate matter | jirim rosot | Matematik | Tiada | Jirim yang amat tumpat yang terdiri daripada nukelus atom yang elektron orbitnya sudah terlucut, dan oleh sebab itu tidak lagi mempunyai sifat kimia yang biasa. Jirim ini hanya wujud dalam bintang cebul putih. |
redemption right | hak penebusan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kuasa menebus semula barang gadaian. Penggadai boleh menebus barang gadaiannya sendiri atau memberi kuasa kepada wakilnya. Penebusan ini boleh dilakukan sebelum atau pada tamat tempoh gadaian. Hak penebusan ini akan terlucut sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Hak penebusan ini juga terlucut setelah tamat tempoh notis peringatan terakhir penebusan. |
grany knot | simpul silih | Perikanan | Tiada | Simpulan yang dibuat dengan menyimpul hujung tali sebanyak dua kali agar hujung dua tali keluar pada arah yang berlainan. Hujung dua tali pada simpulan kedua akan keluar pada arah bertentangan dengan hujung tali pada simpulan pertama. Namun, simpulan ini mudah terlucut atau mati. Oleh sebab itu, simpulan ini tidak begitu sesuai digunakan dalam amalan perkapalan. |