Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terluka


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hysterorrhaphyhisterorafiPerubatanTiada1. Pelekatan atau penjahitan uterus yang tersesar melalui pembedahan.,2. Penjahitan pada uterus yang terkoyak atau terluka.
Aquilaria malaccensiskarasHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Thymelaeaceae yang dikenali juga sebagai pokok depu dan kayu gaharu. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Kulit batangnya boleh disiat memanjang, daunnya ringkas, tersusun berpusar dan permukaan atas daunnya berkilat. Bunganya kecil, berwarna hijau pucat dan beraroma. Buahnya berbentuk kapsul bersaiz kecil. Gaharu terbentuk dalam batang pokok yang telah terluka kemudian dijangkiti kulat. Jangkitan ini berwarna perang sehingga menjadi hitam dan mempunyai aroma yang kuat. Gaharu digunakan untuk mengatasi masalah penghadaman, jangkitan saluran pernafasan, demam dan sakit sendi. Minyak patinya digunakan sebagai pewangi dan bahan aromaterapi.
hors de combathors de combatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan penempur yang tidak lagi berdaya untuk mengambil bahagian dalam permusuhan kerana sakit, lukaluka atau memang telah menyerah kalah. Hors de combat ini biasanya diberikan status tawanan perang, dan oleh yang demikian hendaklah dilindungi daripada disasarkan, dan hendaklah diperlakukan secara manusiawi dan dirawat (jika sakit atau terluka). Walau bagaimanapun, mereka tertakluk kepada pendakwaan dan hukuman sekiranya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Kembali ke atas