Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lu.pa] | ترلوڤا

Definisi : lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lu.pa] | ترلوڤا

Definisi : tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlupa

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah Saya terlepas susur keluar Bukit Merah. Jadi, saya keluar di susur keluar Alor Pongsu dan patah balik ke Bukit Merah.Tatabahasa23.09.2022
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas.DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu  tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar.  Istilah14.10.2016
Maaf, saya terlupa memberi catatan bahawa soalan kedua saya tentang Teras Insaniah juga dipetik daripada buku yang berjudul ' Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia ' oleh A. Aziz Deraman. Terima Kasih.Kami ambil maklum maklumat tersebut.Lain-lain04.12.2014
Salam sejahtera! Haruskah "nya" dicantumkan dengan perkataan di depan? Ayat contoh: Dia terlupa membawa iPhonenya atau dia terlupa membawa iPhone nya? Saya ingin tahu terutama sekali jika perkataan di depan "nya" adalah jenis kata nama khas. Terima kasih!

Untuk makluman, “nya” merupakan kata ganti nama diri ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, kecuali jika merujuk kepada Allah kerana pada perkataan tersebut perlu diletakkan sempang, iaitu ‘-Nya’. Sehubungan dengan itu, contoh ayat yang betul ialah “Dia terlupa membawa iPhonenya.”

Tatabahasa11.08.2020
Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Ayat ini betul ke?Ayat ini betul: Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Tatabahasa09.12.2022
Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk Bukit Merah, jadi saya berpatah di jalan masuk Alor Pongsu untuk datang ke sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya terlupa untuk keluar di jalan masuk ke Bukit Merah. Jadi saya berpatah di jalan masuk ke Alor Pongsu untuk datang ke sini."Lain-lain11.09.2022
apakah maksud peribahasa "PELANDUK SELALU MELUPAKAN JERAT TETAPI JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKN PELANDUK "?Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.Makna21.10.2009
Betulkah istilah ini : - memperbanyakkan berkaitan waktu : tengah hari - bilakah waktunya? petang? 1.00 petang atau 1.00 tengah hari (ada beberapa istilah lagi saya nak tanya,tapi saya terlupa)Tuan/Puan,

Berikut ini ialah senarai tempoh jam dan senarai waktunya yang sesuai:

12.00  -  1.59  : Tengah hari

2.00  -  6.59    :  Petang

7.00  -  11.59  :  Malam

12.00  -  12.59 :  Tengah malam

1.00  -  11.59   :  Pagi
Lain-lain03.02.2015
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih.

Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Imbuhan  meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan  i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih

Tatabahasa21.05.2009
'Lauk daging itu dipanaskan oleh kakak supaya tidak basi'. Saya hendak bertanya, perkataan 'basi' dalam ayat di atas tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Ayat kedua, "Nasi yang ditanak oleh ayah hangit kerana dia terlupa hendak menutup api dapur." Adakah perkataan 'hangit' tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Sekian, terima kasih.Kedua-duanya kata adjektif.Tatabahasa27.11.2012
12

Kembali ke atas