Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lu.pa] | ترلوڤا

Definisi : lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lu.pa] | ترلوڤا

Definisi : tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlupa

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin.
Kurik Kundi Merah SagaDua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang berdolak-dalik, Anak kepiting berpecah belah; Burung terbang terlupa balik, Nanti muram orang mengubah.
Kurik Kundi Merah SagaKait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah panjang sedepa, Jemur mari kain basahnya; Jangan salah jangan terlupa, Kalau rimau nampak belangnya.

Kembali ke atas