Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lu.pa] | ترلوڤا

Definisi : lupa (dgn tiba-tiba), tidak teringat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lu.pa] | ترلوڤا

Definisi : tidak teringat; lupa (akan): Saya ~ akan nombor rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlupa

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
promptbantu ingatKesenianDrama dan TeaterKaedah mengingatkan pelakon yang terlupa dialog tertentu semasa persembahan. Antara kaedah bantu ingat adalah dengan membisikkan atau memberikan isyarat dari bahagian tepi pentas. Lihat jugapembantu ingat.
prompt sidesisi pembantu ingatKesenianDrama dan TeaterTempat pembantu ingat berada untuk mengingatkan dialog yang terlupa diucapkan oleh pelakon ketika pementasan sedang berlangsung. Lihat jugapembantu ingat.
bloopersbluperKomunikasiTiadaTingkah laku atau dialog yang terkeluar daripada skrip yang disebabkan oleh kesilapan pelakon atau terlupa dialog. Biasanya, tangkapan baru akan dilakukan semula supaya sama dengan skrip asal.
rationalizationrasionalisasiPsikologiPsikologi UmumSejenis mekanisme bela diri dengan cara membuat justifikasi yang boleh diterima tetapi tidak benar atau bertentangan dengan tindakan yang dilakukan. Contohnya, pelajar yang gagal menghantar tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan dengan menyatakan bahawa pemacu penanya diserang virus dan terlupa membuat salinannya.
tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.

Kembali ke atas