Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma/.tub] | ترمکتوب

Definisi : tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan Persekutuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma/.tub] | ترمکتوب

Definisi : telah ditulis atau dicatat; tertulis: Perkara keistimewaan orang-orang Melayu ada ~ dlm Perlembagaan Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maktab (kata nama)
Bersinonim dengan kolej, institut, akademi, politeknik, pusat pengajian tinggi, universiti, sekolah;,
Kata Terbitan : maktub, memaktubkan, termaktub,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan asas tender. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Pentender / Penender Perkataan asas Sebutharga. ayat mana betul :- 1) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga ayat mana betul :- 1) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini. 2) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini. 3) a) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap - tiap bulan. * a atau b yang betul? Terima kasih1) Tandatangan Pentender / Penender
Kedua-dua boleh digunakan. Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.

2) Tandatangan Penyebutharga / Pensebutharga  
Tandatangan Penyebut harga

3) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam / di dalam sebutharga ini.
Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub dalam sebut harga ini.

4 ) Kerja hendaklah dipatuhi sebagaimana termaktub di bawah / bawah sebutharga ini.
 Perkataan bawah tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.

5) Laporan hendaklah dihantar pada 5hb. setiap bulan. b) Laporan hendaklah dihantar setiap 5hb pada tiap-tiap bulan.
Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa27.03.2013
adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malausia digunakn secara rasmiBahasa Melayu termaktub sebagai bahasa kebangsaan rasmi Negara Malaysia yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.
Perkataan "Bahasa Malaysia" digunakan sebagai nama khas dalam mata pelajaran dan buku teks pelajar sekolah.
Lain-lain25.08.2018
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkataan KITOSAN . Adakah perkataan ini dimuatkan didalam kamus resmi Bahasa Malaysia , dan jika ada termaktub sebagai perkataan resmi, bilakah tarikh ianya didaftarkan.Kata Kitosan merupakan istilah dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan tarikh kata tersebut didaftarkan.Istilah02.08.2022
Apa maksud bahasa Melayu? Sejarah bangsa Melayu? Asal-usul bahasa Melayu?Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa formal dan digunakan sebagai pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah bangsa Melayu dan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu hasil tulisan Prof.Emeritus Datuk Dr.Asmah Haji Omar. Terima KAsih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain01.12.2006
Saya nak tanya, 1.adakah perkataan 'Artisan' boleh digunakan dalam karangan atau penulisan formal dalam bahasa melayu? 2. Adakah perkataan "Artisan" telah termaktub sebagai bahasa melayu?Perkataan artisan boleh digunakan dalam penulisan yang bermaksud pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan atau pertukangan.Lain-lain20.09.2021
Bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?apa bezanya?Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.Makna05.04.2009
Adakah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina diklasifikasikan sebagai bahasa rasmi di Malaysia?Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia boleh mempelajari bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu. bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara kita.Lain-lain24.08.2006
Bagaimana kedudukan bahasa melayu pada zaman sekarang dari sudut politik, ekonomi dan sosial?Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Lain-lain08.09.2007
mana yang betul bahasa Melayu atau bahasa Malaysia ? Guru keliru, murid lagi keliruTiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.Lain-lain04.10.2012
Saya perlukan kepastian sebutan dan tulisan samada BAHASA MELAYU ATAU BAHASA MALAYSIA. Terima kasih.Tiada perbezaan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia. Kedua-duanya perkara yang sama. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Malaysia manakala Bahasa Malaysia digunakan dalam subjek di sekolah dan mengikut konteks sosial untuk tujuan perpaduan.Lain-lain07.04.2009
123456

Kembali ke atas