Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma/.tub] | ترمکتوب

Definisi : tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan Persekutuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma/.tub] | ترمکتوب

Definisi : telah ditulis atau dicatat; tertulis: Perkara keistimewaan orang-orang Melayu ada ~ dlm Perlembagaan Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maktab (kata nama)
Bersinonim dengan kolej, institut, akademi, politeknik, pusat pengajian tinggi, universiti, sekolah;,
Kata Terbitan : maktub, memaktubkan, termaktub,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKLARASI ASEANDEKLARASI ASEAN, dokumen asas yang termaktub dan unggul kepada pertubuhan ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. Deklarasi ini juga dikenal sebagai Deklarasi Bangkok, ditandatangani pada 8 Ogos 1967 oleh Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Carlos Romulo (Setiausaha Luar Filipina), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand). SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
BARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAANBARISAN BERTINDAK BAHASA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menentang usaha-usaha golongan tertentu yang cuba memperkecil kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 1957.BAHASAKonsep
HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan 153, Perlembagaan Malaysia. Konsep ini ialah satu konsep perundangan tentang status orang Melayu. Perkara 153 sebenarnya bertajuk ‘Perezapan Quota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya,  untuk orang Melayu’. Namun begitu, dalam Perkara 153, terselit ungkapan yang berbunyi ‘kedudukan istimewa orang Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA, bahasa Melayu yang digunakan antara bulan September 1957 hingga tahun 1967. Bahasa ini memainkan peranan baharu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan taraf dan kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

BAHASAKonsep
BULAN BAHASA KEBANGSAAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN, kegiatan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.  Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat selama enam tahun yang bermula dari 1960 dan berakhir pada tahun 1966. Tujuan utama pelaksanaan BBK adalah untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, dan adat resam.  Usaha mengadakan BBK ini menunjukkan keazaman kerajaan untuk menjadikan  bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

BAHASAKegiatan
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, perpustakan induk yang menyimpan khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan jenis dan memberi perkhidmatan kepada pembaca, penyelidikan dan pengguna am.  Perpustakaan Negara terletak di jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Perpustakaan Negara bermula sebagai sebuah perpustakaan negeri di Arkib Negara pada tahun 1966 dan kemudian menjadi sebuah Perpustakaan Persekutuan pada tahun 1977.  Ketua Pengarahnya yang pertama ialah Paul C. Ratchaga.  Pada tahun 1990, Perpustakaan Negara diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.  Tujuan dan maksud Perpustakaan Negara termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (pindaan) 1987.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas