Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mo.mé.ter] | ترموميتر

Definisi : (termométer) alat penyukat suhu, jangka suhu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mo.mé.ter] | ترموميتر

Definisi : /termométer/ ist alat utk menyukat suhu; jangka suhu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termometer


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thermometertermometerSainsHidrometeorologiAlat yang digunakan untuk mengukur suhu dengan menggunakan perubahan sifat-sifat fizikal bahan mengikut keadaan termanya. Termometer boleh dibahagikan kepada enam jenis menurut reka bentuknya; termometer gas, termometer cecair dalam kaca, termometer sanggaan, termometer elektrik, termometer cecair dalam logam, dan termometer bunyi.
aircraft thermometrytermometri pesat udaraMeteorologiMeteorologi PerhubunganSains tentang pengukuran suhu dari pesawat udara. Pengukuran suhu ini terdedah kepada ralat yang disebabkan oleh pemanasan akibat geseran dan pergerakan udara yang mengalir melepasi suatu termometer. Termometer ini berkemungkinan dibasahi oleh titisan air yang terdapat di dalam atmosfera dan ini memberikan bacaan suhu bebuli basah.
psychrometerpsikrometerBiologiEkologiAlat yang digunakan untuk mengukur kandungan wap air atmosfera. Alat ini terdiri daripada dua termometer, iaitu termometer yang mengandungi bebuli kering dan yang mengandungi bebuli basah.
thermometertermometerKimiaTiadaAlat untuk menyukat suhu. Termometer diasaskan pada sifat bahan yang berubah mengikut perubahan suhu. Misalnya, termometer merkuri menggunakan sifat pengembangan merkuri.
clinical thermometertermometer klinikFizikHabaTermometer raksa dalam kaca yang menjerut tiub rerambut untuk menghalang raksa pada turus daripada mengalir semula ke dalam takungan. Selepas suhu direkodkan, termometer ini digoncang untuk mengembalikan semula raksa ke takungan.
constant pressure gas thermometertermometer gas tekanan malarFizikHabaTermometer yang menggunakan gas yang isi padunya berubah dengan suhu dan tekanannya tetap. bd. termometer gas isi padu malar.
constant volume gas thermometertermometer gas isi padu malarFizikHabaTermometer yang menggunakan gas yang tekanannya berubah dengan suhu dan isi padunya tetap. Nilai suhu, pada skala Celsius dikira menggunakan persamaan: - tekanan pada sebarang suhu, - tekanan pada takat ais. - tekanan pada takat wap. bd. termometer gas tekanan malar.
maximum thermometertermometer maksimumGeografiTiadaTermometer yang direka untuk mengukur suhu maksimum bagi satu tempoh masa.
minimum thermometertermometer minimumGeografiTiadaTermometer yang mengukur suhu paling rendah bagi sebuah kawasan untuk tempoh masa tertentu.
earth thermometertermometer bumiGeografiTiadaTermometer yang digunakan untuk mengukur suhu tanih.
12345678910...

Kembali ke atas