Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.na.ma] | ترنام

Definisi : terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.na.ma] | ترنام

Definisi : dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Pantun

PantunSumberTema
Buluh perindu buluh ternama, Banyak sudah disebut orang; Hatiku rindu sudahlah lama, Adik juga tak ingat abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu sudah ternama, Turun-temurun disebut orang; Adat berpadu dengan agama, Hidup rukun hingga sekarang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik turun membawa padi, Padi bendang padi ternama; Adik sepantun bunga melati, Kami memandang menjadi gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Hidup bersama selalu rukun; Adat dijaga budi terbilang, Hidup ternama laju penyantun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas