Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.nya.ta] | ترڽات

Definisi : 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.nya.ta] | ترڽات

Definisi : 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk istilah ekonomi yang berikut? 1. Revealed-preference method 2. Stated-preference method Terima kasih.

1. revealed preference method - kaedah keutamaan ternyata

2. stated preference method - kaedah keutamaan keadaan

Istilah27.10.2011
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan perkataan "parkir" di Malaysia. Menurut pengetahuan saya, perkataan tersebut merupakan perkataan Indonesia. Saya juga merujuk kepada laman sesawang DBP Carian PRPM dan ternyata benar, di ruangan khidmat nasihat pihak DBP memberi maklum balas bahawa perkataan parkir adalah istilah Indonesia. Namun, saya merasa hairan mengapakah di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya digunakan istilah "tempat parkir" di kebanyakan kawasan letak kereta? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP.Untuk makluman,  "parkir" ialah perkataan Indonesia dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, "parkir" ialah tempat letak kereta atau tempat letak kenderaan. Penggunaan "parkir" di kawasan berkenaan mungkin  disebabkan pihak yang berkenaan tidak merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah27.11.2015
Salam sejahtera, Saya ingin lebih memahami, apakah kriteria sesuatu perkataan dapat tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus. Kerana saya lihat ada beberapa pertkataan yang tidak saya duga di klasifikan sebagai bahasa pasar (bp), tetapi ternyata sebaliknya. Contoh sepert: "ujan" "bapak" dll yg mana begitulah perkataannya di ucapkan dalam ranah tidak rasmi, dengan penghilangan "h" pada "hujan" dan penambahan "k" pada "bapa". Manakala perkataan seperti berikut tidak tersenarai sebagai bahasa pasar di dalam Kamus: "paham", "pikir", "bawak", "pulak","utang" Dan saya pasti masih ada banyak perkataan lainnya. Dengan jawapannya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah
Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.

Untuk makluman tuan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. 

Tatabahasa07.04.2020
Salam sejahtera. Berdasarkan Kamus Dewan, barong ditakrifkan sebagai Jw sj tarian yg penarinya memakai topeng binatang. Walau bagaimanapun, dalam buku teks Bahasa melayu muka surat 221, baris terakhir cerpen: Petugas di barong SPR menunjukkan isyarat masih sempat kepada Fazrin. Ternyata barong tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Apakah perkataan yang sepatutnya?Perkataan barong pada ayat yang dinyatakan boleh digantikan dengan pondok atau reruai.Istilah01.10.2020
Bagaimana kita nak pastikan pengejaan kata majmuk itu dilakukan secara berjauhan atau berdekatan. Adakah kata kunci khusus yang boleh kita jadikan panduan.Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah: antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.Tatabahasa10.02.2009
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
kata majmuk yang telah dimantapkan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk kata tersebut yang tergolong sebagai kata nama ialah: antarabangsa, pesuruhjaya, bumiputera, setiausaha, jawatankuasa, sukarela, kakitangan, suruhanjaya, kerjasama, tanggungjawab, olahraga, matahari, tandatangan dan warganegara.                                   

Tatabahasa02.11.2009
1.Malah,kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang dengan lembut dan sabarnya mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya. 2.Salam,saya nak tanya apakah kesalahan dalam ayatdi sini?Boleh tak menggunakan ‘Yang dengan ’ bersama? 3.Ternyata puisi tersebut mengiktiraf insan mulia bergelar guru sebagai insan yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti ‘demi ’mendidik anak bangsa agar menjadi generasi yang seimbang dari segi rohani,jasmani,emosi,rohani,intelektual dan sosial. Perkataan kata sendi nama ‘demi’ boleh digunakan di sini?atau penggunaan ‘demi’sudah salah manakala apakah perbezaan antara bagi dengan demi 4.melahirkan perasaan simpati atau menimbulkan perasaan simpati?

1. Ayat yang betul ialah: Malah, kejayaan yang dikecapi oleh pelbagai golongan pada masa kini bermula daripada pengorbanan seorang guru yang mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak didiknya dengan lembut dan sabar. 2. Kata sendi tidak boleh hadir bersama-sama kata sendi. 3. Kata Penggunaan kata sendi nama “demi” dalam contoh ayat tersebut betul. Kata sendi “bagi” digunakan di hadapan frasa nama yang fungsinya menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaan tertentu “bagi” boleh bervariasi dengan kata sendi nama “untuk”. Kata sendi nama “demi” pula membawa makna tujuan. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman:276-277). Perkataan “melahirkan perasaan simpati” dan “menimbulkan perasaan simpati” boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat. Contohnya; i. Tuanku Permaisuri Agong melahirkan perasaan simpati baginda dengan mencemar duli membantu mangsa banjir di pusat penempatan sementara. ii. Pelbagai kisah suka duka   yang ditayangkan melalui slot Bersamamu menimbulkan perasaan simpati masyarakat untuk bersama-sama membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Tatabahasa20.01.2021
saya masih tidak berpuas hati mengenai jawapan yang di berikan berkaitan soalan saya yang bertarikh 1/04/2010. Adakah pihak dbp membuat perubahan terhadap penggunaan tanda baca koma dalam menghuraikan sesuatu perkara?. contohnya:warna na kegemaran saya ialah biru, merah, kuning dan hitam. saya mendapat jawapan seperti berikut: di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari. Jawapan tersebut ternyata jauh berbeza dari yang saya pelajari di sekolah. sila jelaskan.

Saudara Shahfizan,

Bagi penyenaraian yang setara atau sama tanda koma tidak digunakan sebelum kata sendi nama dan. Contoh: Warna biru, merah, kuning dan hitam. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan untuk keterangan lanjut.    

Tatabahasa10.04.2010
Assalamualaikum tuan,mohon pihak tuan menyertakan senarai 15 perkataan yang ditulis rapat untuk kegunaan (untuk dimaklumkan) di dalam kursus penulisan surat rasmi dan kursus fail dan rekod di jabatan kami pada 26/3/2014.Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.Wassallam.Kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar ialah 1. bumiputera, 2. jawatankuasa,
3. kakitangan, 4. kerjasama, 5. warganegara, 6. olahraga, 7. setiausaha, 8. sukarela, 9. suruhanjaya,
10. tandatangan, 11. tanggungjawab, 12. matahari, 13. beritahu, 14. antarabangsa dan 15. pesuruhjaya.
Tatabahasa21.03.2014
12

Kembali ke atas