Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meneroka 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilaku­kan berdasarkan pengalaman; angkasa­wan-angkasawan yg dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu; peneroka orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; meneroka 1 membuka kawasan baru utk dijadikan kampung, sawah, ladang dll: Merekalah yg ~ kawasan hutan di situ utk dijadikan ladang. 2 ki memeriksa sesuatu yg belum jelas; menyelidik: ~ bidang fizik nuklear. penerokaan perbuatan atau hal meneroka. peneroka orang yg meneroka (membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah sya menggunakan perkataan HUTAN DIGELEDAH. .Usaha mengelakkan pencemaran sungai perlu DIIMPLEMENTASIKAN sejak peringkat kanak-kanak.Oleh sebab masalah pencemaran sungai semakin berleluasa.RENCAH YANG PALING MUJARAB untuk selesaikan masalah tersebut ialah masyarakat perlu ditanamkan dengan sikap cinta akan alam sekitar dalam karanganSila jelaskan apakah kaitan antara penerangan yang diberikan dengan soalan. Untuk makluman, Hutan digeledah tidak boleh digunakan. Perkataan yang biasa digunakan ialah "teroka"  (diteroka).Lain-lain24.07.2016
Salam sejahtera, 1. Apakah golongan kata bagi perkataan 'saran'? (Kamus Dewan (ed.4) tidak menunjukkan maklumat ini). 2. Antara definisi KD utk 'saran' (I) ialah 'cadangan' atau 'pendapat'. Saya andaikan definisi tersebut sama spt dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) utk 'saran' yg KBBI kategorikan sbg kata nama. Mohon klarifikasi dari pihak DBP sekiranya penggunaan 'saran' sebagai kata kerja dlm akhbar [contoh: 'TPM saran pelajar teroka bidang baru utk cipta kejayaan' (Utusan, 19/3/2010) atau 'Isteri PM saran ambil iktibar negara bergolak' (Utusan, 22/3/2010)] salah, betul, atau dibenarkan sbg kata kerja untuk tajuk berita. Sekiranya penggunaan 'saran' (dan bukan 'menyarankan') sbg kata kerja semakin popular, mungkin BM dapat menerima evolusi bahasa tersebut? Terima kasih.Saran ialah kata nama bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk dipertimbangkan atau usul. Perkataan menyarankan pula menjadi kata kerja yang bermaksud  mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Ada kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan seperti makan, minum dan tidur. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat perkataan saran digunakan untuk laras bahasa akhbar sahaja tetapi penggunaan yang betul dari segi tatabahasa adalah dengan meletakkan imbuhan menjadi menyarankan.Tatabahasa22.04.2010
Asssalamualikum, Kami ingin bertanyakan tatacara penggunan tulisan Jawi didalam papan iklan yang akan dipaparkan Shopping center Gateway di KLIA2 Sepang. Pilak client kami menetapkan untuk menulis perkataan Let's Explore dalam tulisan jawi bagi mempromosi kan tulisan jawi. Tujuan iklan ini adalah bagi menarik orang ramai melancong ke Negeri kelantan Pertanyaan kami, adakah menulis jawi dalam english menyalahi peraturan sedia ada PBT di selangor atau peraturan yang ditetapkan MAIS / DBP atau dibenarkan? Harap pihak tuan, puan dapat membantu kami.Perkataan asing sekiranya hendak dikekalkan, mestilah disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu. Tiada halangan untuk menggunakan slogan "Let's Explore" namun terjemahan dalam bahasa Melayu "Jom Teroka" perlu disertakan dan saiz perkataan dalam bahasa Melayu adalah lebih besar dan jelas.Lain-lain13.07.2020

Kembali ke atas