Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ro.wong] | تروووڠ

Definisi : gua yg dibina menembusi tanah atau bukit dll (utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan.gua yg dibina menembusi tanah atau bukit dll (utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ro.wong] | تروووڠ

Definisi : , = terowongan jalan dll yg dibina menembusi bukit, gunung dll; tembusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terowong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEROWONG SAINT GOTTHARD

Terowong Saint Gotthard ialah dua buah

terowongterowong jalan raya dan terowong

kereta api melalui Pergunungan Alps di selatan

Switzerland . Terowong jalan raya, dikenali

Terowong Jalan St. Gotthard ialah terowong

kenderaan bermotor terpanjang di dunia yang

panjangnya 16.3 kilometer. Terowong kereta api

pula sepanjang 15 kilometer.

Kedua-dua terowong ini hampir selari sejauh

1200 meter di atas aras laut. Kedua-duanya

menyediakan laluan mudah bagi melintasi

Lepontine Alps menggunakan laluan di antara

Zurich , Switzerland, dengan Milan di utara Itali.

Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). Terowong

kereta api dibina antara tahun 1872 hingga tahun

1882. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun

1980.

UMUM 
TEROWONG FRÉJUS

Terowong Fréjus ialah dua terowong – satu

terowong bagi kereta api dan satu lagi terowong

jalan raya yang menghubungkan wilayah Turin di

Itali dengan wilayah Savoy di Perancis. Terowong

ini merentasi Puncak Fréjus di Pergunungan Alps.

Terowong kereta api yang dibina antara tahun 1857

dan tahun 1871, ialah terowong pertama merentasi

Banjaran Alps. Alat penggerudi dan pemampat

udara digunakan pertama kali dalam pembinaan

terowong ini. Panjang terowong kereta api ini ialah

13.7 kilometer. Pada mulanya ia dikenali sebagai

Terowong Gunung Cenis, iaitu sempena nama

tempat kereta api ini dibina. Terowong jalan raya

disiapkan pada tahun 1980 dan panjangnya 13

kilometer.

UMUM 
TEROWONG ARLBERG

Terowong Arlberg ialah dua buah terowong,

iaitu terowong landasan kereta api dan terowong

kenderaan bermotor yang terdapat di bahagian

barat Austria, di antara provinsi Vorarlberg dan

Tyrol. Kedua-dua terowong itu dibina dengan

mengorek Gunung Arlberg di hujung timur laut

Banjaran Rhaetian (lihat Austria [peta politik]).

Terowong landasan kereta api sepanjang 10.3

kilometer yang menyambungkan Paris ke Vienna

merupakan rangkaian yang penting. Terowong ini

dibuka pada tahun 1884 dan menggunakan kuasa

elektrik pada tahun 1923. Terowong jalan raya pula

sepanjang 14 kilometer dan dibuka pada tahun

1978.

UMUM 
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM 
TEROWONG APENNINE


Terowong Apennine ialah terowong kereta api

di landasan Florence-Bologna di Itali. Untuk

lokasinya, lihat Itali (peta fizikal). Ia sepanjang 18.5

kilometer dan menjadikannya terowong kereta api

terpanjang di dunia. Terowong ini dibina antara

tahun 1920 hingga tahun 1934. Para pekerja

terpaksa menghadapi pelbagai rintangan semasa

melakukan kerja-kerja mengorek, termasuklah gas

asli dan air. Bagi mempercepatkan kerja

pembinaan dan pada masa yang sama, sebuah syaf

diletakkan di tengah untuk membolehkan pekerja

mengorek lubang dari bahagian tengah.

UMUM 
TEROWONG

Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong

digali menembusi bukit dan gunung dan juga di

bawah bandar serta jalan air. Terowong

menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan

landasan kereta api merentangi halangan semula

jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam

perlombongan untuk sampai ke tempat bahan

galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi.

Terowong juga digunakan untuk membekalkan

jumlah air yang banyak untuk loji kuasa

hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan

air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga

terowong digunakan untuk mengangkut sisa

sistem pembetungan.

UMUM 
TEROWONG SELAT

Terowong Selat ialah rangkaian kereta api

bawah laut yang menghubungkan United Kingdom

dengan Perancis. Pembinaannya merupakan satu

daripada projek kejuruteraan utama dunia pada

tahun 1980 dan tahun 1990. Di dalam terowong

berkembar itu terdapat terowong landasan kereta

api tunggal, yang direka bentuk bagi kereta api

elektrik laju. Terowong itu dibina untuk empat

jenis kereta api: perkhidmatan ulang-alik

penumpang bagi kereta dan bas, perkhidmatan

ulang-alik pengangkutan bagi trak, kereta api

penumpang berkelajuan tinggi antara bandar, dan

kereta api pengangkutan barang. Ada dua stesen

bagi kenderaan jalan raya untuk masuk ke

terowong kereta api itu, iaitu di Folkestone,

England , dan di Calais, Perancis.

UMUM 
TEROWONG ANGIN

Terowong angin ialah kemudahan pengujian di

darat yang digunakan untuk mengkaji kesan angin

atau aliran udara terhadap kapal terbang dan lain-lain

kenderaan dan struktur. Terowong angin

dibina dalam banyak bentuk dan untuk tujuan yang

berbeza. Sesetengahnya sangat besar dan boleh

menguji kapal terbang eksperimental saiz sebenar.

Tetapi kebanyakan terowong angin menguji model

saiz kecil.

UMUM 
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY

Terowong Pelabuhan Sydney , di New South

Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat

hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke

utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek

tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah

syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun,

termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter

melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah

yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri

daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah

sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik.

Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan

Ogos 1992.

UMUM 
GENTING DAN TEROWONG SIMPLON UMUM 
12

Kembali ke atas