Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pam.pang] | ترڤمڤڠ

Definisi : kelihatan jelas terbentang, terpapar dll di depan mata: namanya ~ dlm surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pam.pang] | ترڤمڤڠ

Definisi : terbuka lebar-lebar; kelihatan jelas terbentang: Di belakangnya ~ bendera Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pampang
Kata Terbitan : memampangkan, terpampang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Azhar Mfa Aug 30th, 8:59pm saya dh lampirkan papan tanda tsb Lokasi susur masuk ke TBS terpampang papan tanda Pusat Bandaraya dan Lake Field Kenapa jadi begini?Kami ambil maklum akan hal yang tersebut, walaupun tidak ada lampiran yang disertakan.Lain-lain30.08.2014
Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menyisipkan peribahasa dalam ayat supaya gramatis? Adakah petikan di bawah dianggap gramatis? Isu kesihatan mental semakin kerap terpampang di dada-dada akhbar tempatan. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, hal ini terbukti apabila Berita Harian melaporkan bahawa bilangan pesakit mental di hospital kerajaan yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus.

Peribahasa boleh dimasukkan dengan cara berikut:

1.       Memilih peribahasa yang sesuai.

2.       Menggunakan penanda wacana atau penanda memasukkan peribahasa seperti  “bak kata pepatah/bak kata peribahasa”.

3.       Pastikan maksud yang ingin disampaikan boleh diwakili oleh peribahasa yang dipilih.

Ayat yang lebih sesuai ialah “ Isu kesihatan mental semakin kerap terpapar di akhbar tempatan.  Bak kata pepatah, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Hal ini terbukti apabila Berita Harian melaporkan bahawa bilangan pesakit mental di hospital kerajaan yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 16 tahun menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus.”

Lain-lain21.01.2024

Kembali ke atas