Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pan.car] | ترڤانچر

Definisi : 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. ter­lahir, keluar (anak); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pancar
Kata Terbitan : berpancaran, memancar, memancarkan, terpancar, pancaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna gushedterpancar, meledakMakna08.06.2007
maksud perkataan 'autoritatif'

Saudara,

Perkataan autoritatif bermaksud 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna03.10.2009
Salam Tuan/Puan Bolehkah pihak DBP memberi komen kepada hasil nukilan saya seperti di bawah. Untuk pengetahuan pihak DBP saya tidak berapa pasti apakah hasil nukilan saya ini puisi atau sebaliknya. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada pihak DBP sama ada hasil nukilan ini layak untuk di siarkan di mana-mana majalah atau surat khabar. Terima kasih dengan komen yang akan diberikan. Anak-anakku kau umpama cahaya matahari Yang tidak pernah jemu menyinari bumi Begitu juga kalian menyinari kehidupan ayah dan umi Anak-anakku Kecerian terpancar di wajah dan senyum di bibir kalian Sungguh mendamaikan dan menyejukkan umpama air sungai yang mengalir tenang Anak-anaku Kaulah harta yang paling bernilai di dunia ini Diri kalian tidak boleh di jual beli Jika hilang tidak akan muncul kembali Anak-anakku tanpamu kalian di sisi umpama langit yang gelap yang tidak berbintang penuh diselubungi awan hitam Anak-anakku Ayah dan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian Agar menjadi anak-anak yang soleh dan taat Dengan perintah TuhanWaalaikumsalam puan, Bagi mendapatkan sebarang ulasan  entang hasil nukilan puan, sebaik-baiknya puan hantarkan puisi tersebut mengikut format puisi yang sebenar kepada e ditor Dewan Sastera di Bahagian Majalah DBP, atau fadhli@dbp.gov.my.  Setiap puisi yang dihantar perlu dinilai terlebih dahulu oleh editor bagi memastikan bahawa puisi tersebut menepati kriteria yang ditetapkan dan sesuai untuk diterbitkan.Terima kasih.Lain-lain30.11.2013
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini.


gemerlap

kata adjektif
1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya:
Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap.


2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang:
Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu.


kata nama
3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll:
Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam.


4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst:
Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar.


Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut.
Lain-lain30.06.2021
Adakah perkataan"citra" diterima dan digalakkan untuk ditulis dalam karangan spm untuk menggantikan perkataan "imej".Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 440 dan 818)

citra kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu pihak secara umum menurut tanggapan orang atau pihak lain:
Citra ini terbina hasil daripada himpunan kegiatan kakitangan UKM yang mengharumkan namanya di dalam atau di luar negara. Salah satu aspek untuk membentuk sikap patriotisme adalah dengan mencintai bahasa kerana bahasa merupakan citra sebuah bangsa.

2 bahasa klasik gambar, lukisan atau arca;

imej kata nama
1 gambaran keperibadian seseorang atau sesuatu menurut tanggapan orang atau pihak lain; citra:
Perubahan imej Jabur daripada kekampungan kepada kebandaran menjadi tanda tanya kawan-kawannya. Perbuatan gadis itu betul-betul memalukan nama dan imej sekolah kami.

2 gambaran seseorang atau sesuatu objek dalam fikiran:
Tiba-tiba terbayang imej ayahnya sedang bekerja. Imej rumah berhantu itu menakutkan saya.

3 gambaran mental atau asosiasi idea seseorang pengarang dalam sesebuah karya: Sastera Melayu banyak melukiskan imej-imej tradisi. imej wanita dalam novel-novel Khadijah Hashim;

4 gambar, terutamanya yang diukir menyerupai seseorang atau sesuatu:
Dia menghulurkan kepingan emas dengan imej binatang yang menyerupai seekor lembu.

5 Fizik
salinan sesuatu objek yang dihasilkan secara pemfokusan sinaran elektromagnet, bunyi atau cahaya yang terpancar daripada objek atau yang terpantul oleh objek;

Pengantian kata hanya memenuhi sebahagian daripada makna dan penggunaannya dalam konteks tertentu. Secara umumnya, kata citra lebih bersifat kejatidirian berbanding kata imej yang bersifat kata pinjaman.
Makna18.05.2023

Kembali ke atas