Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pan.cing] | ترڤنچيڠ

Definisi : kena pancing, terkail; niat hati hendak memancing temenung, sudah ~ ikan setoka prb lain yg dikehendaki, lain yg didapat (kemuliaan yg dihajati kehinaan yg diper­oleh); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pancing (kata nama)
Bersinonim dengan kail, mata kail, pepas;,
Kata Terbitan : memancing, terpancing, kepancingan, pemancing,

Peribahasa

Niat hati nak getah bayan,
     sudah tergetah burung serindit.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, Salam sejahtera.Tuan adakah ayat-ayat berikut betul. a. Sementara menunggu ikan terpancing saya membaca buku cerita. b. menjadi orang yang baik. Saya terbaca dalam satu latihan kesalahan tatabahasa yang mengatakan bahawa ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah 'menjadi manusia / insan yang berguna.' Justeru, saya meminta tuan menerangkan kepada saya mengapakah tidak boleh menggunakan perkataan 'orang' dalam ayat tersebut. c. 'dalam kalangan' bolehkah diikuti dengan kata nama yang digandakan? Contoh : dalam kalangan murid-murid /murid? Sekian, terima kasih.

a. Sementara menunggu ikan terpancing, saya membaca buku cerita. Ayat ini betul dan perlu ditambah koma selepas perkataan terpancing.

b. Ketiga-tiga ayat 'menjadi orang yang baik', 'menjadi manusia yang berguna' dan 'menjadi insan yang berguna' adalah betul.  Penggunaan perkataan orang, manusia atau insan mungkin berubah dan bergantung pada konteks.

c. dalam kalangan murid adalah betul. Perkataan murid tidak perlu diulang kerana dalam kalangan telah membawa maksud jamak. 

 

Tatabahasa20.04.2011
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010

Kembali ke atas