Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.la.jar] | ترڤلاجر

Definisi : telah mendapat pelajaran, berpe­lajaran (tinggi), berpendidikan (tinggi); kaum (golongan) ~ orang cerdik pandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.la.jar] | ترڤلاجر

Definisi : telah mendapat pelajaran: Sekarang ini, banyak terdapat orang yg ~ tetapi tidak beradab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpelajar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DRUID

Druid ialah kelas paderi terpelajar dalam kalangan

orang Celt, iaitu satu kaum Eropah purba.

UMUM 
SAYERS, DOROTHY

Sayers, Dorothy (1893–1957) ialah pengarang

Inggeris dan penulis cerita detektif yang terkenal

pada tahun 1900-an. Karyanya yang paling terkenal

ialah kisah Lord Peter Wimsey, iaitu detektif amatur

yang hebat dan terpelajar.

UMUM 
ARISTOTLE

Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik,

dan ahli sains Yunani yang merupakan salah

seorang ahli fikir yang paling agung dan paling

berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle

mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau

purba yang paling terpelajar dan paling berilmu.

Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan

pembangunan pemikiran Yunani sebelum

zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle

mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik,

dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi

intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan

gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua

orang ahli falsafah Yunani purba yang paling

penting.

UMUM 
KIKUYU

Kikuyu ialah kumpulan etnik yang terbesar di

Kenya, Afrika Timur. Puak Kikuyu, juga dikenali

dengan nama Gikuyu, membentuk 20 peratus

daripada penduduk Kenya. Dalam kalangan puak ini,

terdapat mereka yang paling terpelajar dan terkaya

di Kenya. Kebanyakan orang Kikuyu berkhidmat

dengan kerajaan dan dalam bidang perniagaan.

Orang Kikuyu lain memiliki ladang-ladang yang

besar.

UMUM 

Kembali ke atas