Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.lu/] | ترڤلوق

Definisi : tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpeluk

Peribahasa

Takut di hantu,
     terpeluk ke bangkai.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan hantu, lari ke pandam.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut titik lalu tumpah.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan mayat terpeluk bangkai.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan hantu, lari ke pandam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas