Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.nga.ruh] | ترڤڠاروه

Definisi : kena pengaruh, dipengaruhi, dikuasai: ~ oleh prasangka; ~ oleh kata-kata manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.nga.ruh] | ترڤڠاروه

Definisi : dipengaruhi; kena pengaruh: Jangan ~ dgn anasir-anasir jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengaruh (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti, tekanan;,
Kata Terbitan : berpengaruh, mempengaruhi, terpengaruh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sex-influenced characterciri terpengaruh-seks/jantinaBiologiGenetiklih. ciri bersyarat-seks/jantina
school playdrama akademiKesusasteraanTiadaDrama yang terpengaruh dengan komedi Roman, dipentaskan di sekolah dan maktab dalam awal abad ke-16 di England.
canalized charactersifat tersalurBiologiGenetikSifat trait yang tidak terpengaruh oleh mutasi atau persekitaran.
social democracydemokrasi sosialSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair.
predatory pricingpenentuan harga predatoriEkonomiTiadaPenentuan harga oleh firma yang terpengaruh atau dominan dengan cara memotong harga jualannya supaya pesaing akan terkeluar daripada persaingan dalam jangka pendek, dan dengan yang demikian firma tersebut dapat menaikkan semula harganya ke tahap harga monopoli dalam jangka panjang.
judicial independencekebebasan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip asas badan kehakiman yang tidak terpengaruh dengan pihak tertentu khususnya badan eksekutif, badan perundangan dan pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu pengadilan. Kebebasan ini bertujuan untuk menjamin keadilan dan memastikan hak orang ramai dilindungi. Bidang kuasa badan ini merangkumi tugas mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara, menjalankan pengadilan di mahkamah serta mentafsir dan mengesahkan sesuatu tindakan kerajaan. Ia juga merupakan badan pengimbang kuasa di antara badan eksekutif dan perundangan. Setiap keputusan badan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan ini. Ia menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dan persaingan kuasa antara pihak tertentu seperti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau di antara dua kerajaan negeri.

civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

hypnosishipnosisPerubatanPsikiatriKurang tahap kesedaran yang diaruh secara buatan dan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan arahan atau cadangan.
hypnosishipnosisPerubatanTiadaKeadaan kekurangan tahap kesedaran yang diaruh secara artifisial yang menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan arahan atau cadangan.
sex-conditioned characterciri bersyarat-seks/jantinaBiologiGenetikFenotip yang dipengaruhi oleh seks sesuatu individu. ciri terpengaruh-seks.
12

Kembali ke atas