Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terkena tipu daya (muslihat), tertipu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terperdaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata terperdaya atau teperdaya , mana yang betul? Terima kasih.Kata dasar terperdaya ialah daya dan ejaan yang betul ialah terperdaya.Ejaan04.12.2012
1. Apakah kata dasar terpedaya? 2. Manakah ejaan yang betul terperdaya atau terpedaya? Atau kedua-dua perkataan berbeza?Kata dasar terperdaya ialah daya dan ejaan yang betul ialah terperdaya.Ejaan01.10.2010
salam sejahtera. saya keliru akan ejaan perkataan 'terperdaya' ATAU 'terpedaya'. KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT m/s 321 memberikan ejaan 'terperdaya' tetapi DAFTAR KATA BAHASA MELAYU EDISI KEDUA m/s 460 memberikan ' terpedaya'. Harap tuan dapat membantu. terima kasih.Kedua-dua data terakam dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan. Walau bagaimanapun ejaan "terpedaya" lebih banyak ditemukan berbanding dengan "terperdaya". Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi yang diterbitkan pada tahun 2008, merakamkan ejaan "terpedaya". Berdasarkan maklumat yang tersebut, kami cadangkan tuan menggunakan perkataan "terpedaya" kerana data terbaharu terakam dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Ejaan13.08.2013
Terpedaya atau terperdaya?Ejaan yang betul ialah terperdaya.Ejaan07.10.2013
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011

Kembali ke atas