Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pé.song] | ترڤيسوڠ

Definisi : menyimpang dr tujuannya (halu­annya, sasarannya), menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pé.song] | ترڤيسوڠ

Definisi : 1 menyimpang dr arah yg sepatutnya dgn tidak sengaja; menjadi berubah haluannya: Jalan yg licin menyebabkan keretanya ~ ke kiri lalu melanggar tiang lampu. 2 ki menyimpang drpd tajuk perbualan dll dgn tidak disedari: Tiba-tiba percakapannya ~ ke soal peperangan Pakistan-India. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesong
Kata Terbitan : memesongkan, terpesong, pemesongan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terpesong(daripada arah atau landasan yang sewajarnya ) apakah perkataan bagi penerangan di atas? terima kasih..Kami tidak menjawab soalan teka silang kata.Lain-lain17.04.2010
Tuan, Apakah kesalahan (ejaan/tatabahasa) untuk ayat di bawah? 1. Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga aqidah supaya tidak terpesong daripada landasannya. Terima kasih.
Ajaran Islam mengingatkan penganutnya agar sentiasa menjaga akidah supaya tidak terpesong daripada landasan.
Lain-lain05.12.2017
apakah maksud julingMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna juling bermaksud terpesong sedikit atau tidak di tengah-tengah kedudukan mata hitamnya: matanya ~ sedikit;Makna20.12.2006
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
  1. Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
  2. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
  3. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
  4. Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  5. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
  6. Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
  7. Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Tatabahasa01.07.2021
Hello Khidmat Nasihat DBP Saya ingin mengetahui sama ada ayat-ayat di bawah ini gramatis/betul atau tidak. 1. Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain. 2. Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termenterai dari awal lagi. 3. Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan. Pihak tuan/puan BELUM menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Terima kasih

1.     Walaupun Osman tergolong antara pemain yang terkecil dalam pasukannya, namun kelincahannya sehebat rakan-rakannya yang lain.

 

2.     Permuafakatan dalam bidang ekonomi antara negara kita dengan negara jiran sudah termeterai dari awal lagi.

 

3.     Supaya jawapan tidak terpesong, kamu hendaklah menjawab soalan mengikut arahan yang diberikan.

Tatabahasa12.10.2013
1. Tidak dapat jumpa entri "melurutkan" dalam kamus. melurutkan = melurut? Petani itu melurutkan padi daripada tangkainya untuk dimasukkan ke dalam bekas. Ethan terpaksa melurutkan kertas yang telah direnyuk itu untuk membaca catatan di dalamnya. Sebelum mandi di air terjun, Jasmine melurutkan cincin di jari manisnya. 2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. 3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - terpesong1. Pembentukan kata yang betul ialah melurut (bukan melurutkan), seperti Pak Samad melurut padi untuk makanan burung.
2. Kami berasa lega apabaila dapat (melurut) kaki di dalam khemah selepas berkawal sepanjang hari. - Perkataan melurut tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut.
3. Jawapan yang kamu berikan itu (buntu) daripada kehendak soalan. - Perkataan buntu tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut.
Untuk memilih perkataan yang sesuai, sila rujuk kamus.
Tatabahasa14.05.2012
Adakah perkataan "bias" diterima dalam BM? saya tak nampak rujukan tersebut dalam PRPM. terima kasih.
Perkataan bias ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan maksud seperti yang di bawah, iaitu:


bias بياس [bi⋅jAs]
ktt 1 (bkn hujan, perahu, cahaya dsb) memesong dr arah asal; membias: Maka Tun Telanai dgn kedua-dua buah perahu itu pun biaslah, jatuh ke Brunei.
n 2 hujan, cahaya dsb yg terpesong dr arah asal; biasan: Bias cahaya terkepung di antara kaki Fujiyama dan pohon-pohon kayu yg kelihatan kebirubiruan di sebelah timur.Bias hujan merenjis cermin kaca.

Kata-kata terbitan yang boleh terbentuk daripada bias ialah membias, membiasi, membiaskan, terbias, pembiasan dan pembias. Tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang selanjutnya.
Istilah25.07.2023

Kembali ke atas