Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.ja/] | ترڤيجق

Definisi : memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pi.ja/] | ترڤيجق

Definisi : tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpijak

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas.

Tatabahasa15.09.2011
yang mana betul a. Ekor kucing itu terpijak oleh saya. atau b. Ekor kucing itu saya terpijak. ejaan mana yang betul a. sedia kala atau sediakala b. Internet atau internet (adakah kata ini kata nama khas) (mengikut Kamus Dewan dieja Internet) a. internet

a.  Dua-dua salah. Jawapan yang betul ialah " Saya terpijak ekor kucing itu".

b. Sediakala

b. Internet

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain.

Tatabahasa27.06.2008
Mohon pencerahan ayat di bawah. 1.Dia terjatuh krn terpijak dhn yang rapuh. Atau 2.Dia terjatuh krn terpijak dahan yang sekah. Terima kasih.Jawapan yang betul ...dahan yang rapuh.Tatabahasa19.08.2015
Q1. Adakah ayat ini ayat aktif?(Kanak-kanak itu terpijak akan paku yang berkarat ketika bermain di belakang rumah.) Q2. Jika ayat ini digugurkan 'akan' maka ayat ini boleh dianggap ayat aktif atau bukan tergolong ke dalam ayat aktif?Ayat yang gramatis, Kanak-kanak itu terpijak paku yang berkarat ketika bermain di belakang rumah, iaitu ayat aktif transitif.

Tatabahasa09.03.2016
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif 1. Pelayan itu menghidangi kami makanan 2. Budak itu terpijak paku di tapak pembinaan Bolehkah ayat tersebut dipasifkan seperti berikut: 1.q. Kami dihidangi makanan oleh pelayan itu b. Kami dihidangi oleh pelayan itu makanan 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan Terima kasih1. Kata kerja dengan apitan meN-...-i bukanlah kata kerja transitif aktif, maka kata terbitannya seperti menghidangi tidak boleh dipasifkan.
2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan, betul dan berfungsi sebagai kata kerja pasif.
Tatabahasa11.03.2013
Salam hormat. saya ada beberapa soalan yang tidak pasti tentang kesahihan ayat tersebut. Harap pihak tuan dapat membantu saya. 1. Serpihan kaca terpijak oleh saya. Ayat di atas saya tidak pasti betul atau tidak kerana kata sendi oleh dalam ayat pasif diikuti kata ganti nama diri pertama saya. Adakah kata kerja pasif berimbuhan ter boleh diikuti kata ganti nama diri pertama ? sila lihat 2 ayat berikut. 1. Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas 5 Sains. 2. Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar kelas Tingkatan 5 Sains. Antara 2 tersebut, yang manakah betul ? Wajarlah kata tingkatan itu ditulis dengan huruf besar? Saya amat berharap agar pihak tuan dapat membalas e-mel ini. Terima kasih.

 Ayat yang betul ialah saya terpijak serpihan kaca / serpihan kaca saya terpijak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 173 dan 491 untuk keterangan lanjut. Ayat yang betul ialah Cikgu Ariffin mengajarkan Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan 5 Sains 2.

 

Tatabahasa02.08.2010
Penggunaan perkataan 'Licin' dalam ayat berikut betul atau salah? 1)Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang yang licin. 2)Rambutnya disisir licin supaya tampak segak. 3)Kulit gadis itu sungguh licin 4)Majlis itu berjalan dengan licin. terima kasih.

Perkataan “licin” tidak tepat digunakan dalam beberapa  ayat  yang diberikan. Penggunaan yang lebih tepat dalam ayat tersebut adalah seperti yang berikut: 

1)Dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang

2)Rambutnya disisir rapi supaya tampak segak.

3)Kulit gadis itu sungguh licin.

4)Majlis itu berjalan dengan lancar.


Tatabahasa14.12.2022
Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluhPeribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih.Lain-lain12.08.2008
Salam sejahtera.Harap tuan/puan dapat memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan yang berikut: 1. Apakah perbezaan dari segi makna dan penggunaan bagi "terlentang" dan "tergelincir"? 2.Ahmad jatuh __________ kerana terpijak kulit pisang. Yang manakah jawapan yang betul? "terlentang" atau "tergelincir"? 3. ___________ ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. Antara "semenjak" dan "setelah", yang manakah lebih sesuai? Mengapa? Sekian, terima kasih.

Telentang bermaksud terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.

Tergelincir bermaksud terdorong kerana licin; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang; mula turun (tentang matahari); ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu.

Ahmad jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang.

Semenjak bermaksud mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak.

Setelah bermaksud sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam.

Tatabahasa18.04.2014
Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cisAyat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A.Tatabahasa11.07.2012
12

Kembali ke atas