Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.ja/] | ترڤيجق

Definisi : memijak dgn tidak sengaja; ~ bayang-bayang = matahari ~ tepat waktu tengah hari; ~ benang arang, hitam tapak prb berbuat jahat jahatlah balasannya; ~ di bara panas prb sangat gelisah; ~ di tanah kapur putih tapak, ~ di tanah arang hitam tapak prb perbuatan baik, baiklah akibatnya, perbuatan jahat, jahatlah akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pi.ja/] | ترڤيجق

Definisi : tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpijak

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ball in touchbola keluarSukanTiadaKeadaan apabila bola keluar atau terkena garisan tepi, atau pemain yang membawa bola terkeluar, atau terpijak salah satu daripada garisan tepi, garisan bola mati atau garisan tepi gol.
mechanical damagekerosakan mekanikalTeknikElektrikKecacatan, gangguan atau kebinasaan sesuatu peranti, kabel, atau alat tambah yang disebabkan oleh tindakan mekanikal, sepeti terkepit, terhimpit, terpijak, terjatuh, dan terketuk.
coral bootbut karangPerikananTiadaKasut yang digunakan oleh penyelam skuba untuk aktiviti selam permukaan di kawasan terumbu karang. But karang digunakan untuk mengelakkan kerosakan pada batu karang apabila penyelam terpijak karang. But ini juga digunakan untuk melindungi kaki penyelam supaya tidak tercedera apabila terkena karang yang tajam atau hidupan berbisa. Lihat juga selam permukaan.
reflexrefleksPsikologiPsikologi UmumTindak balas semula jadi dan automatik terhadap suatu rangsangan yang biasanya tidak melibatkan otak secara langsung kerana litar atau arka sarafnya lengkap di peringkat batang spinal. Contohnya, kerdipan mata terhadap hembusan udara atau sentakan kaki apabila terpijak benda tajam. Apabila kaki ditusuk dengan benda tajam, maklumat akan dibawa terus ke batang spinal melalui neuron deria yang kemudian dibawa balik dengan cepat ke otot melalui neuron motor untuk tindakan sentakan kaki. Jeritan biasanya akan berlaku selepas kaki yang terkena benda tajam disentak kerana maklumat tersebut naik ke otak tetapi perjalanannya lebih lambat daripada ke otot tempat berlakunya tusukan tersebut.
myelinmielinPsikologiPsikologi UmumBahan lemak berwarna putih yang membaluti akson sesetengah sel saraf atau neuron. Pembalutan akson ini tidak berterusan kerana diputuskan oleh ruang yang dikenali sebagai buku Ranvier. Ruang ini akan menyebabkan maklumat saraf yang melalui akson melompat dari blok mielin ke satu blok mielin yang lain. Lompatan ini membolehkan maklumat itu sampai ke sasarannya dengan lebih cepat daripada maklumat yang merentasi akson yang tidak bermielin. Bilangan neuron yang bermielin lebih banyak berada di luar otak. Oleh itu, maklumat yang disampaikan melalui rangkaian sistem saraf periferi lebih cepat tindakannya jika tidak melibatkan pemprosesan otak seperti tindakan refleks yang terjadi apabila seseorang terpijak bara api. Akibatnya, individu akan mengangkat kakinya lebih pantas daripada jeritan kesakitan kerana sakit akan dirasai apabila maklumat tersebut dianalisis oleh otak.

Kembali ke atas