Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.kat] | ترڤيکت

Definisi : kena pikat, tertarik (hati): aku segera ~ oleh seluruh gerak-gerinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pi.kat] | ترڤيکت

Definisi : telah dipikat; tertarik hatinya: Setiap perempuan yg terpandang kpdnya akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pikat
Kata Terbitan : memikat, terpikat, pemikat,

Puisi
 

Apa dirisau abang diikat,
     Oleh membeli jeragan keli;
Sudah hati adik terpikat,
     Jahat abang tidak peduli.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.

Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti.  2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul.  

Tatabahasa14.08.2021
soalan STPM 2002 Terpikat hatiku oleh kemanjaannya. Saya ingin tahu, perkataan 'terpikat hatiku' mengalami proses pendepanan kata kerja sahaja atau jwpn lain..

"Terpikat hatiku oleh kemanjaannya" mengalami proses pendepanan kata kerja sahaja. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 480.

Tatabahasa26.05.2011
Salam sejahtera tuan, adakah tertarik dengan berbeza dengan terpikat oleh? Bolehkan tuan berikan contoh untuk membezakan kedua-dua frasa tersebut? Terima kasih.Berikut ialah maksud perkataan tertarik, terpikat dan dengan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat:

tertarik: kiasan berasa suka (ingin dan lain-lain) kepada, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh
terpikat: kena pikat, tertarik (hati)
dengan: oleh, kerana, atas

Oleh itu, perkataan tertarik dengan, tertarik oleh, terpikat dengan dan terpikat oleh mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan bertukar ganti mengikut kesesuaian konteks ayat.
Makna20.08.2021
Amirul terpikat dengan budi bahasa gadis itu dan berhasrat untuk menjadikan gadis itu sebagai isterinya. Adakah ayet di atas salah? Jika salah, apakah kesalahan bagi ayat di atas dan apakah pembetulannya?Ayat ini betulTatabahasa26.03.2011
Para pelancong itu terpikat oleh keindahan pantai di pulau ini. atau Para pelancong itu terpikat dengan keindahan pantai di pulau ini Perkataan oleh atau dengan yang lebih sesuai? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai?

Kata sendi yang sesuai dan tepat ialah "oleh". Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi "oleh", sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 283.

Tatabahasa26.03.2011
Pelancong itu terpukau/terpesona/terpikat oleh atau akan atau dengan atau pada atau kepada keindahan Pulau Langkawi. penggunaan kata sendi oleh/dengan/akan/pada/kepada yang mana satu tepat?dan kenapa?

Kata sendi yang sesuai dan tepat ialah akan atau oleh. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.10.2008
Apakah jawapan yang sesuai? Saya terpikat............kejelitaan wajah pelakon muda itu. pada,akan,oleh,dengan,kepada

Untuk makluman sdr Ahmad perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya.  Bagi menjawab soalan sdr ini,  kesemua jawapan  yang diberikan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 

Tatabahasa23.02.2009
1. adakah penggunaan perkataan BIKIN di benarkan dalam bahasa iklan contoh ayat " poket selamat, wangian hebat bikin orang terpikat" 2. mohon mendapatkan garispanduan penggunaan bahasa dalam iklanBikin ialah bahasa percakapan dan penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Garis panduan menamai syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan, terbitan DBP.Tatabahasa15.11.2011
Salam sejahtera, tuan. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang. Ali terpikat oleh keindahan di Pulau Redang. 2. Banglo yang bertingkat dua itu tersergam indah di atas bukit. 3. Bunga telur ini bukan ditempah daripada Puan Zain tetapi Puan Salimah. 4. Dengan adanya Rakan Cop, masalah jenayah di kawasan ini dapat diatasi. 5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin yang memandu keretanya dengan laju. Terima kasih.

1. Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Redang.

2. Banglo dua tingkat itu tersergam indah di atas bukit.

3. Ayat nombor 3 betul

4. Ayat nombor 4 betul
5. Polis trafik itu menyaman Abang Sudin kerana memandu kereta dengan laju.

Tatabahasa19.08.2021
Selamat Pagi. Saya ingin bertanya. dalam ayat tanya, selepas tanda tanya (?) Perkataan untuk ayat seterusnya menggunakan huruf besar. contoh: a)Apakah ini satu hukum karma? Sudah pasti tidak. Bagaimana pula dalam situasi berikut: b)"Apakah Kamu terpikat dengan bekas bom tua itu?" Tanya Leftenan Hakagawa sambil menjeling dengan mata sepetnya ke wajah gadis itu. sekian terima kasih.Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

a)Apakah ini satu hukum karma? Sudah pasti tidak.

b)"Apakah kamu terpikat dengan bekas bom tua itu?" tanya Leftenan Hakagawa sambil menjeling dengan mata sepetnya ke wajah gadis itu.
Tatabahasa12.06.2014
12

Kembali ke atas