Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpilih 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, antara ayat ini yang manakah lebih betul? 1. Projek sains oleh murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. 2. Projek sains daripada murid yang terpilih akan dipamerkan di dewan sekolah. terima kasih.

Kedua-dua ayat tersebut betul. Tidak ada mana-mana antara kedua-dua ayat tersebut yang lebih betul.

Tatabahasa24.02.2014
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008
Tiada Identiti TUE 1:03AM Salam..buku zaba perangai bergantung pada diri sendiri ada tak?.Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya, stesen Petronas yang terpilih di seluruh negara dan Tesco. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.Lain-lain16.08.2016
Apakah makna/ istilah yang sesuai untuk: 1. Sukan Teras 2. Sukan Berprestasi Tinggi Terima kasih.Secara umumnya, sukan teras ialah kategori sukan yang terpilih untuk peningkatan mutu sukan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, contohnya olahraga, bola sepak, badminton, boling dan hoki.

Sukan berprestasi tinggi pula ialah kategori sukan yang diuruskan dengan baik dan dapat mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam pertandingan atau kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Makna24.07.2023
Assalamualaikum. 1. Apakah istilah/terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "selective estrogen receptor degrader (SERD)", iaitu sejenis ubat dalam rawatan kanser? 2. Bila diterjemahkan istilah seperti "The study is looking specifically at HER2-negative breast cancers.", adakah perkataan HER2-negative diterjemahkan kepada HER2 negatif, atau negatif HER2? 3. Yang manakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "targeted therapy": "terapi tersasar" atau "terapi sasaran"? Contoh ayat: "Palbociclib is a targeted therapy that can help stop cancer cells growing" 4. Adakah "kanser payudara tahap teruk" terjemahan yang tepat untuk "advanced breast cancer", yang biasanya merujuk kepada kanser tahap IV? 5. Apakah terjemahan yang tepat untuk "luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonist". (Rujukan: Luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonists generated in the hypothalamus bind to receptors on the anterior pituitary and stimulate the release of both luteinizing hormone (LH) and follicle-stimulating hormone (FSH)) Terima kasih atas bantuan tuan/puan.Kami mencadangkan padanan istilah seperti yang berikut:

1. Selective estrogen receptor degrader - Pendegradasi penerima estrogen terpilih
2. HER2-negative - HER2-negatif
3. Targeted therapy - Terapi terpilih atau Terapi sasaran (kedua-dua istilah boleh digunakan)
4. Luteinizing hormone-releasing hormone agonist - Agonis hormon peluteinan-hormon pelepas

Kesemua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah13.04.2021
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia saya nak bertanya, boleh kah saya menghantar karya artikel saya ke DBP? dan jika diterima adakah saya akan dibayar? sekianTerima kasih saudara. Semestinya boleh. Setiap artikel yang dihantar dan terpilih untuk diterbitkan akan diberi honorarium mengikut kadar bayaran DBP. Contohnya artikel fokus bermula daripada RM300 hingga RM500, cerpen RM200, drama RM300, puisi bermula RM70 hingga RM120. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Majalah DBP pada talian telefon 03-2147900/1/2/3/4/5/6/7 dan minta disambungkan ke Bahagian Majalah.Lain-lain15.01.2014
Herman Paiman JUN 30TH, 1:40AM Ingin tahu dimana Boleh saya dapatkan buku 'Kisah Tiga Negara' terbitan DBP??Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka MalaysiaLain-lain30.06.2016
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPNPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Lain-lain08.06.2017
Mohon kelulusan input bunting berikut : Logo PTPTN Tabung Pendidikan JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN *Tertakluk pada terma dan syarat ** Gambar yang dipaparkan ialah ilustrasi sahaja ***PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumnya kepada pelangganPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Istilah08.06.2017
12

Kembali ke atas