Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.sah] | ترڤيسه

Definisi : 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
erat(memegang, mengikat dsb) dgn kukuh atau kuat sehingga tidak mudah terlepas atau terpisahKamus Dewan Perdana
erat-erat(memeluk, memegang, menggenggam dsb) dgn kuat sekali sehingga sukar terlepas atau terpisahKamus Dewan Perdana
epifisisbahagian tulang pd hujung tulang panjang, pinggir tulang leper atau cuaran tulang, yg terpisah drp bahagian utama tulang oleh rawan semasa proses pertumbuhanKamus Dewan Perdana
elektroskopalat utk mengesan cas elektrik, yg terdiri drp batang logam dan dua kepingan logam nipis drp emas yg akan terpisah apb terdapat cas elektrikKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas