Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.sah] | ترڤيسه

Definisi : 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gasgasJirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah.Menengah Rendah
pistilpistilBahagian pembiakan betina pada bunga yang terdiri daripada satu atau lebih karpel yang terpisah atau bercantum.Menengah Rendah
tekanan osmosisosmotic pressureTekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya.Menengah Atas
batang rayaprunnerBatang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat RajahMenengah Rendah
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas