Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pi.sah] | ترڤيسه

Definisi : 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG ASLI CHEYENNE

Orang Asli Cheyenne ialah satu puak Orang

Asli Amerika yang terpisah, iaitu kaum Cheyenne

Utara dan kaum Cheyenne Selatan. Lebih kurang

2500 Orang Asli Cheyenne Utara tinggal di

kawasan tanah rizab Montana, dan kira-kira 2200

Orang Asli Cheyenne Selatan tinggal di Oklahoma.

Ramai juga Orang Asli Cheyenne tinggal dan

bekerja di bandar.

UMUM 
STIKELBAK

Stikelbak ialah nama yang diberi kepada famili

ikan kecil di Hemisfera Utara. Ikan ini dinamakan

stikelbak kerana beberapa siripnya terdiri daripada

duri kuat, yang tajam terpisah. Badannya tidak

diliputi sisik, tetapi diliputi plat yang keras.

Terdapat stikelbak air tawar dan laut. Stikelbak air

tawar panjangnya 2.5 sentimeter hingga 7.5

sentimeter. Stikelbak laut, panjangnya tidak lebih

daripada 18 sentimeter.

UMUM 
TANGERIN

Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus

dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti

oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah

dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin

ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari

Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi.

Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan

terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis

tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan

jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst

dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali,

Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili

rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata .

Lihat juga Tangelo; Tangor.

UMUM 
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 
ASH GUNUNG

Ash gunung ialah nama bagi sekumpulan

pokok dan pokok renek yang tumbuh di

Hemisfera Utara. Ia tumbuh terutamanya di

tempat tinggi. Daun ash gunung adalah daun

majmuk, yang terdiri daripada beberapa anak

daun yang terpisah. Bunganya yang berwarna

putih tumbuh bergugus-gugus besar, leper.

Buahnya yang berwarna jingga hingga merah

adalah gugusan pom bak beri.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
KELIANGAN

Keliangan ialah kewujudan banyak lubang atau

ruang kecil dalam sesuatu bahan. Dalam

sesetengah bahan berliang, seperti arang, barang

tembikar dan span, lubangnya bercantum. Gas dan

cecair boleh melalui lubang ini. Dalam bahan

berliang yang lain, ruang kecil di dalamnya

terpisah dari satu dengan yang lain oleh bahan

pejal. Batu bata dan jenis getah busa tertentu

adalah contoh bahan berliang jenis ini. Bahan ini

biasanya berupaya menyerap cecair dan gas.

UMUM 
PULAU PINANG

Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang

terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali

sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas

lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang

tanah yang memanjang (terletak di tanah besar

Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang

Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua

kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga

kilometer hingga lapan kilometer lebar.

UMUM 
PERANG ANGLO-ZULU

Perang Anglo-Zulu berlaku di Afrika Selatan

pada tahun 1879. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju

bahawa United Kingdom (UK), yang juga dikenali

sebagai Britain, memulakan peperangan itu untuk

menamatkan kemerdekaan orang Zulu (lihat Zulu ).

Lord Carnarvon, setiausaha tanah jajahan British,

ingin memusnahkan kuasa Zulu supaya UK boleh

menggabungkan negeri-negeri Afrika Selatan yang

terpisah-pisah itu ke dalam persekutuan yang kuat.

UMUM 
SUNGAI DON

Sungai Don ialah jalan air yang penting di barat

daya Rusia. Sungai Don bermula dari sebuah tasik

kecil dekat Tula. Sungai ini mengalir ke selatan sejauh

1963 kilometer hingga ke Laut Azov. Kapal besar

boleh belayar di sungai ini sejauh kira-kira 1300

kilometer. Satu terusan menyambungkan Sungai Don

dengan Sungai Volga, di tempat sungai-sungai ini

terpisah 60 kilometer. Bahagian utara Sungai Don

mengalir melalui kawasan hutan berpaya. Tetapi

sebahagian besar sungai ini mengalir melalui ladang

yang subur dan kawasan balak.

UMUM 
12

Kembali ke atas