Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata majmuk tengah hari dieja terpisah untuk "waktu tengah hari". Bagaimana penulisan tengah hari untuk "pukul 12.00 tengah hari" Adakah dieja terpisah (tengah hari) atau 1 perkataan (tengahari)Tengah hari dieja terpisah. Oleh itu, cara penulisan yang betul ialah '12.00 tengah hari' dan 'waktu tengah hari'. Ejaan20.10.2011
1. Tandatangan dieja sekaligus atau terpisah? w.apa beza lokasi dengan lokaliti?1. Tandatangan
2. Lokasi boleh memberi dua makna, 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan; 2. letak atau kedudukan. Manakala, lokaliti membawa makna (prinsip) penempatan/(prinsip) lokaliti.
Makna29.09.2014
Perbezaan Kata sendi "di" dan "ke". 1. Menanam sayur di dalam pasu bunga. 2. Menyimpan wang di dalam bank. 3. Bercuti di kampung.

Merujuk data kami kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu katan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kesemua contoh yang diberikan betul kecuali 2. Menyimpan wang di bank.

Lain-lain03.06.2017
Assalamualaikum.. 1. Pertanyaan umum dalam ruangan ini perkataan'sejauhmanakah' dan 'sejauh manakah' sering digunakan. Yang manakah betul sejauh mana dieja rapat atau jauh?.Perkataan "sejauh manakah" dieja terpisah.Tatabahasa11.07.2013
1. Bagaimanakah kita tahu sama ada kata seperti semula jadi atau semulajadi, kraftangan atau kraf tangan, dan sebagainya itu dieja bersambung atau terpisah? Terima kasih. 2. Mengapa "memproleh" dan bukan "memperolehi"? 3. Bolekah perkataan "memperbaiki" digunakan?

1. Ejaan yang betul ialah semula jadi dan kraf tangan. Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Perkataan yang tetap dieja bercantum ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab, warganegara dan pesuruhjaya.

2.  Awalan memper-,  apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna mendapat sesuatu. Oleh ialah kata tugas dan bentuk yang betul ialah memperoleh.

3. Awalan memper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Oleh itu, kata adjektif  baik apabila ditambah imbuhan memper- menjadi memperbaik (menjadikan lebih baik).

Ejaan31.10.2011
Saya ingin meminta nasihat penggunaan perkataan berikut perlu dijarakkan atau disambungkan :- 1. Walau bagaimanapun 2. Diambilkira 3. Digunapakai

Perkataan tersebut dieja terpisah sebagai dua perkataan.

1. Walau bagaimanapun

1. Diambil kira

3. Diguna pakai 

Istilah16.11.2009
1. Jika kata kerja disusuli aku, frasa kerja itu harus disambung atau dipisahkan? Contohnya, membelek-belekku atau membelek-belek aku? Terima kasih saya ucapkan atas perkhidmatan yang diberikan selama ini.

Saudara,

Jawapannya  frasa kerja itu ditulis terpisah. Walau bagaimanapun kata ganti nama singkat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya.  

Tatabahasa28.02.2010
ataupun (jarak atau dekat) telahpun (jarak atau dekat) analisa atau analisis? dari (tempat atau orang?) daripada (tempat atau orang?)

1. Pertikel "pun" secara umumnya ditulis terpisah daripada kata sebelumnya kecuali untuk kata tugas berikut: adapun,andaipun,biarpun,kendatipun,mahupun,sekalipun,walaupun,ataupun,bagaimanapun,

kalaupun,lagipun,meskipun dan sungguhpun. Jadi, "ataupun" dieja secara bercantum, manakala "telah pun" dieja secara terpisah.



2. Analisis, analisa ejaan lama.



3. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.









 

Tatabahasa08.04.2013
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
(1) Rasional berhubung penggunaan "peroleh" tanpa "i" manakala "didapati" boleh menggunakan "i". (2) Perbezaan antara "skop" dan "spesifikasi". adakah perbezaan antara keduanya. (3) Istilah "berkuat kuasa"..kenapa perlu dua perkataan. adakah perkataan "berkuat" itu boleh tersendiri.. Segala perhatian amat dihargai. TK1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) 2. Perkataan skop dan spesifikasi ialah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Skop bererti bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup. Spesifikasi bererti butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian (tentang sesuatu). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.3. Kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Ada beberapa kata majmuk yang telah mantap dieja bercantum. Contohnya:tandatangan, tanggungjawab.  Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercantum. Contohnya: Kuat kuasa, berkuat kuasa, dikuatkuasakan.  Tatabahasa01.06.2011
123456

Kembali ke atas