Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pu.lang] | ترڤولڠ

Definisi : terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pu.lang] | ترڤولڠ

Definisi : terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpulang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul di bawah, dan apa sebabnya? 1. bergantung pada/bergantung kepada 2. terpulang pada/terpulang kepada Terima kasihSila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan kontkes ayat tersebut.Lain-lain27.04.2022
APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIKKesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas.Lain-lain29.07.2009
Yang mana satukah yang betul. 1. Pengajaran dan Pembelajaran 2. Pembelajaran dan PengajaranTerpulang kepada konteks dan penggunaan ayat. Jika merujuk kepada P &P ialah singkatan untuk Pengajaran dan Pembelajaran.Lain-lain05.08.2014
Bilakah kita menggunakan Johan dan tempat pertama?Kedua-dua perkataan tersebut merupakan variasi dalam bahasa. Terpulang kepada penggunaan untuk memilih penggunaan kedua-dua perkataan tersebut.Lain-lain27.04.2016
bila masa yang sesuai untuk menggunakan (i) i) dan i.Tiada batasan masa yang sesuai bilakah bentuk begitu perlu digunakan terpulang kepada pengguna. Cuma mengikut Gaya Dewan bentuk "i)" tidak diterima kerana tanda kurungannya tidak lengkap dan sepatutnya ditulis "(i)". Bentuk-bentuk lain yang boleh digunakan: i- dan  i. dsb.Lain-lain06.02.2009
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYAUntuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long.Lain-lain10.12.2010
Penentuan tatanama geografi yang mengekalkan ejaan `Ch' seperti Cheras, Puchong, Cherating dll rasanya wajar; tetapi rasanya tolak ansur ini tidak boleh diberikan kepada ejaan `Simpang Ampat', `Simpang Anam' dan `Padang Lallang' yang sah nampak gaya sebutan kecinaan. Bagaimanapun ini hanya sekadar pandangan. Terpulang kepada DBP yang menentukan.Tuan yang dihormati.

Penentuan nama tempat bukan ditentukan oleh pihak DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan yang menentukan nama setempat atas beberapa pertimbangan masing-masing. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, nama-nama tempat sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asal dan nama-nama tempat selepas tahun 1972 perlu dieja dengan struktur ejaan rasmi bahasa Melayu.
Lain-lain14.11.2017
Chien Chong Sep 23rd, 11:04am bolehkah pihak tuan memberikan nasihat kepada karyawan sarawak untuk menerbitkan buku sendiri? Saya masih seorang freelancer yang belum mencari jalan keluar untuk mencari nafkah sendiri. Terima Kasih.Sekiranya pihak kami bertemu dengan Karyawan Sarawak, kami boleh menyebut tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, perkara itu terpulang kepada mereka untuk menerbitkan atau tidak.Lain-lain23.09.2014
"Kita perlulah menyimpan wang dari sekarang agar boleh digunakan semasa kecemasan," pesan ibu kepada Alisya. A) Sediakan payung sebelum hujan B) Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit Jawapan diberi oleh cikgu iala B. Penjelasannya: B adalah dgunakan bagi semua yang berkaitan dengan wang. Jawapan A adalah digunakan bagi situasi seperti persediaan bagi pertandingan atau peperiksaan. Adakah peribahasa di atas digunakan pada keadaan yang tertentu sahaja? Apakah situasi tersebut?Penggunaan peribahasa terpulang kepada masyarakat untuk digunakan pada bila-bila masa atau situasi dengan syarat makna dan maksud peribahasa tersebut tepat. Dalam contoh soalan yang diberi, peribahasa A lebih tepat kerana terdapat situasi kecemasan yang mungkin berlaku dan kita perlu menyiapkan diri untuk menghadapinya. Peribahasa B perlu merujuk satu perbuatan yang dilakukan secara perlahan-lahan untuk mendapatkan hasil yang lebih besar, misalnya mengumpul duit secara perlahan-lahan dan mendapat hasil yang besar jika kerap dilakukan.Lain-lain26.07.2018
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih.Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN.Lain-lain06.03.2017
123

Kembali ke atas